Utusan Malaysia - Rakyat Selangor boleh buat tuntutan
Oleh HATA WAHARI
KUALA LUMPUR 5 April - Kerajaan Selangor tidak mempunyai halangan jika rakyat negeri tersebut membuat tuntutan terhadap janji-janji yang terkandung dalam manifesto pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, ini kerana apa yang dijanjikan pada pilihan raya umum itu akan ditunaikan.
Senang betul kerja YAB Menteri Besar Selangor ini ya. Main sedap cakap je. Cam ni ke gerak kerja seorang ahli korporat? Oh tak ye nye... 'bekas' ahli korporat.
Jadi agak-agaknya sapa-sapa yang nak tuntut janji dalam manifesto dia tu boleh la pergi ke mana-mana institusi atau agensi kerajaan Selangor yang berhampiran, kerana pasti semua borang-borang yang berkaitan untuk membuat tuntutan janji-janji dalam manifesto tu telah pun disediakan.
Kalau tak ada borang apa-apa, cakap je nak jumpa dengan pengarah jabatan, suruh pengarah tu amik kertas dan pen kemudian catit nama dan nombor kad pengenalan dan juga butir-butir tuntutan. Kemudian minta pengarah tu bagi feedback dalam masa 7 hari waktu bekerja. Kalau senyap je pengarah tu, report terus je ke pejabat Menteri Besar. Kalau pejabat Menteri Besar pun senyap je, ajak kengkawan berkumpul secara aman depan bangunan SUK. Jangan lupa bawa sepanduk yang ada gambar tiga parti tengah tunggang babi tu.

"Kerajaan negeri kini sedang melaksanakan pembangunan negeri yang akan dapat menjana pendapatan sekali gus dapat membiayai segala janji dan tuntutan yang dibuat semasa pilihan raya umum tersebut," katanya.
Dasar yang menindas pekerja-pekerja asing yang cuba mencari nafkah dengan cara yang sah dan halal bagi menampung keperitan hidup keluarga mereka di tanahair.
Dasar yang memekakkan telinga-telinga exco dari mendengar suara-suara rakyat yang telah terpedaya dengan manifesto mereka. Membuat keputusan seolah-olah hanya ada 10+1 orang rakyat sahaja yang ada dalam negeri Selangor ini.
Dasar yang menganaktirikan rakyat Selangor sendiri dengan mengutamakan kepentingan babi dan warganegara China.
Itupun baru sebulan. Jika setahun, agaknya dah boleh terbitkan buku '50 Dalil Kenapa Pakatan Rakyat di Selangor Tidak Boleh Memerintah'.
JOM PAKAT TUNTUT JANJI!
Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378


