10 April 2008

Ketua Pemuda Di Timpa Musibah

Jika sebelum ini beliaulah yang rajin memaklumkan rakan-rakan jika ada rakan lain yang ditimpa bencana atau musibah, kini tiba giliran beliau pula diberikan ujian oleh Allah s.w.t.

Ketua Pemuda UMNO Cawangan Desa Jaya, Norhafizan Bin Abdul Wahab, 35 tahun, kini terpaksa berehat di rumahnya selama 3 atau 4 hari atas arahan doktor.

Beliau yang baru pulang semalam dari tugasan luarnya di Terengganu, mengadu mengalami kesakitan dibahagian pinggangnya. Apabila diperiksa, terdapat suatu kebengkakan dibahagian pinggangnya itu.

Kesakitan yang dialaminya kian teruk sehingga menyukarkan beliau untuk bergerak.

Waktu tengahari tadi, isteri beliau telah menghantarnya ke Hospital Sg. Buloh untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.

Dari pemeriksaan yang dijalankan, doktor memaklumkan bahawa beliau mengalami sakit tulang belakang.

Beliau perlu menjalani pemeriksaan tulang dan terapi setiap bulan di hospital.

Semoga beliau tabah menghadapi ujian ini, dan semoga cepat sembuh.

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

Multimedia