MalaysiaKini - Khairy letak calon proksi?
Nash Rahman | Apr 7, 08 12:24pmKini tersebar berita bahawa naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak akan bertanding jawatan ketua Pemuda tetapi akan meletakkan calon proksinya bagi merebut jawatan tersebut.Khairy sendiri tidak berani menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua Pemuda ekoran kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum 8 Mac.
Malah, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sendiri terpaksa melepaskan jawatan ketua Pemuda Umno kerana tindak-tanduk beliau serta kenyataannya yang dipercayai menjadi antara sebab kekalahan BN dan Umno.Ia termasuk isu Hishammuddin menghunus keris di perhimpunan agung Umno yang menyebabkan kalangan bukan Melayu, termasuk parti-parti komponen BN sendiri, merasa tidak senang.
Khairy pula mencetuskan kontroversi apabila beliau didakwa menyampaikan ucapan yang dikatakan memperlekeh sumbangan sayap-sayap Pemuda komponen lain BN.Calon yang dijangka dicalonkan sebagai proksi Khairy ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob yang pernah aktif sebagai exco Pemuda Umno.
Perkara ini mula diperkatakan di kalangan ahli-ahli pergerakan tersebut sejak minggu lalu.
Pengalaman luasIsmail, lulusan undang-undang, dilahirkan pada 18 Januari 1960 di Temerloh, Pahang.Beliau yang masuk penggal kedua menjadi ahli parlimen Bera pernah menjadi setiausaha politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabaruddin Chik pada 4 ogos 1995.Beliau pertama kali bertanding di parlimen Bera pada 2004. Pada masa ini, beliau merupakan ketua bahagian Umno Bera.Ismail menjadi exco pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada tahun 2000 hingga 2003.Ketika itu beliau dilantik sebagai pengerusi biro pembelaan dan pembangunan masyarakat pergerakan tersebut.
Beliau juga pernah dilantik sebagai pengerusi Biro Belia Pemuda Umno di peringkat pusat dan Pahang.Ismail juga merupakan ahli Majlis Undangan Belia Negara sejak 2000.Sehingga ini, bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Mohd Khir Toyo dan exco Pemuda Umno, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, telah menyatakan kesediaan mereka dicalon bertanding jawatan ketua pergerakan tersebut.
Memang buat lawak betullah. Ataupun menyebarkan khabar angin atau fitnah? Media Alternatif macam ni yang dijulang-julang oleh Pakatan Rakyat dan Suara Rakyat 'Makan Satey'?
Dah sah-sah Sdra. Nash Rahman ni bukan orang UMNO apatah lagi Pemuda UMNO. Main belasah sahaja masukkan apa sahaja berita khabar angin dan fitnah. Betul tak betul itu belakang kira.
Kawan tu umur pun dah 48 tahun. Lebih dari had umur Pemuda UMNO iaitu 40 tahun. Entah makhluk gerangan manalah yang boleh sebarkan khabar-khabar angin macam tu? Tak buat kerja sekolah ke masa sekolah menengah dulu?
Kalau nak ikutkanlah skima khabar angin tersebut, apa kata kita minta Ku Li atau Tan Sri Muhyiddin ke jadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Nak lebih kelas lagi, ajak sekali Tun Mahathir bertanding jawatan tersebut.
Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378
Dah sah-sah Sdra. Nash Rahman ni bukan orang UMNO apatah lagi Pemuda UMNO. Main belasah sahaja masukkan apa sahaja berita khabar angin dan fitnah. Betul tak betul itu belakang kira.
Kawan tu umur pun dah 48 tahun. Lebih dari had umur Pemuda UMNO iaitu 40 tahun. Entah makhluk gerangan manalah yang boleh sebarkan khabar-khabar angin macam tu? Tak buat kerja sekolah ke masa sekolah menengah dulu?
Kalau nak ikutkanlah skima khabar angin tersebut, apa kata kita minta Ku Li atau Tan Sri Muhyiddin ke jadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Nak lebih kelas lagi, ajak sekali Tun Mahathir bertanding jawatan tersebut.
Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378
Khairy sendiri tidak berani menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua Pemuda ekoran kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum 8 Mac.
Ia termasuk isu Hishammuddin menghunus keris di perhimpunan agung Umno yang menyebabkan kalangan bukan Melayu, termasuk parti-parti komponen BN sendiri, merasa tidak senang.
Calon yang dijangka dicalonkan sebagai proksi Khairy ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob yang pernah aktif sebagai exco Pemuda Umno.


