Berikut satu kejadian yang diceritakan kepada saya :
Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Nor, telah menumpangkan seorang kakak yang belajar sama dalam satu kelas. Memandangkan pada hari tersebut kelas ditamatkan lebih awal, maka kakak itu cuba menghubungi suaminya supaya menjemputnya namun suaminya gagal untuk dihubungi.
Kakak itu kemudiannya meminta pertolongan dari Nor untuk menumpangkannya balik ke rumah. Memandangkan ketika itu hujan sedang lebat turun, maka Nor bersetuju untuk menumpangkan kakak itu. Nor memaklumkan kepada kakak itu bahawa dia perlu singgah di satu tempat untuk bertemu dengan rakannya dahulu sebelum menghantar kakak itu pulang ke rumah.
Tiba di tempat persinggahan tersebut, iaitu sebuah restoran makanan segera yang bercantum dengan stesen minyak di jalan menuju ke Genting-Kelang, Nor bertanya sama ada kakak itu ingin keluar dari kereta sementara Nor berjumpa sekejap dengan rakannya di dalam restoran tersebut. Kakak itu menyatakan dia mahu duduk sahaja dalam kereta.
Oleh itu, Nor pun membiarkan enjin hidup dan alat penghawa dingin kenderaan dipasang untuk keselesaan kakak itu sementara menunggunya. Nor sempat berpesan kepada kakak itu untuk mematikan enjin dan mengunci kereta itu sekiranya kakak itu perlu keluar seperti ke tandas misalnya.
Selang beberapa detik Nor memasuki restoran itu untuk menemui rakannya, Nor ternampak menerusi tingkap kaca restoran itu, kakak itu berjalan keluar menuju ke tandas. Entah kenapa terdetik dalam hatinya persoalan, adakah kakak itu telah mengunci keretanya sebelum keluar ke tandas? Lalu Nor pun cuba meninjau keretanya dari tingkap cermin itu.
Ketika itulah Nor melihat dua orang lelaki dengan pantas menaiki kereta Honda City kepunyaannya dan terus memecut meninggalkan tempat kejadian.
Untuk menyengalkan lagi keadaan, semasa Nor membuat laporan di balai polis berkenaan kehilangan keretanya itu, pegawai polis yang ditemui hanya tertawa sinis dan mengatakan ini bukan kes kehilangan kereta, tapi kes kereta dilarikan.
Itupun masih belum cukup sengal. Untuk menambahkan lagi kesengalan tragedi yang menimpa Nor itu, suami kepada kakak itu telah menghubungi Nor dan memarahi Nor serta menuntut gantirugi di atas kehilangan beg tangan milik isterinya yang mengandungi telefon bimbit, sejumlah wang dan barangan peribadi yang lain. Nor menyatakan bahawa dia telah berpesan kepada kakak itu untuk mengunci kereta itu, suami tersebut membalas dengan mengatakan isterinya menafikan Nor ada berpesan sebegitu.
Kakak itu seorang yang berjawatan di MRCB, dan sedang mengikuti pengajian separuh masa untuk mendapatkan M.A, boleh menjadi begitu sengal dan bengap dan bangang tak sudah kerana meninggalkan beg tangannya dan kereta terbiar begitu sahaja tanpa dikunci.
Kerana kecuaian kakak itu, Nor pula yang dipaksa memberikan gantirugi kepada kakak itu, tak ke sengal?
Lebih memburukkan keadaan, pihak bank langsung tidak membantu malah menagih tuntutan bayaran ansuran kereta berkenaan dijelaskan setiap bulan selagi Nor belum menyelesaikan kes tuntutan insuran keretanya itu. Paling cepat pun tuntutan insuran berkenaan diselesaikan adalah dalam masa 3 bulan dan kebiasaannya adalah 6 bulan.
Pihak restoran makanan segera tersebut, iaitu Burger King, turut mengenakan bayaran untuk salinan pita rakaman CCTV yang merakamkan kejadian tersebut. Pita rakaman tersebut diperlukan dalam proses membuat tuntutan insuran berkenaan.
Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

Kemaskini (10 April 2008)
Semalam, pihak polis telah menahan seorang suspek lelaki yang merupakan seorang pelajar IPT, berdasarkan imej rakaman video yang diperolehi dari tempat kejadian. Nor telah dipanggil oleh pihak polis untuk membuat pengecaman.
Menurut Nor, dua orang lelaki yang melarikan keretanya itu adalah terdiri dari seorang lelaki melayu dan seorang lelaki india.