Memaparkan catatan dengan label Isu Pakatan Rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Pakatan Rakyat. Papar semua catatan

17 Julai 2008

PAS Jangan Jadi Hipokrit dan Dayus

Pas sokong keputusan Anwar enggan beri DNA

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong keputusan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keengganannya membenarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengambil sampel DNA kerana dikhuatiri akan dimanipulasi pihak berkuasa.

Dalam kenyataan yang dibacakan oleh Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang juga Ahli Parlimen Bachok di Parlimen hari ini, berkata
parti ini mengambil pendirian menolak sebarang tuduhan yang berbentuk andaian dan spekulasi.

“Begitu juga dengan penggunaan DNA yang pada bila-bila masa boleh di manipulasi, diada-adakan dan ditokok tambah bagi menafikan keadilan yang sebenar.

“Saya menyeru kepada semua agar berpegang teguh kepada prinsip Islam dan undang-undang bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak terbukti kesalahannya di mahkamah yang diadili.

"Asas ini harus dipegang dalam menilai tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Di samping itu, beliau juga mengalu-alukan pembebasan Anwar namun memandang berat cara penangkapan yang dibuat terhadapnya.

“Kami memandang berat cara penangkapan Anwar yang dibuat polis semalam yang tergesa-gesa dan kasar walaupun beliau bersedia melaporkan diri dan memberi kerjasama.

“Kami akan terus berjuang dengan Pakatan Rakyat bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah, bersih dan adil berdasarkan suasana politik negara yang penuh dengan fitnah dan kegawatan sosial dan ekonomi,” katanya.

Sebelum ini, peguam kepada Anwar, Sankara N Nair berkata anak guamnya tidak membenarkan HKL mengambil sampel DNA kerana dikhuatiri ia akan dimanipulasi oleh pihak berkuasa.

Katanya mereka bimbang DNA akan dimanipulasi kerana pasukan penyiasat dalam kes liwat membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada 1998 juga terbabit dalam siasatan kali ini.

Anwar, yang ditahan oleh sepasukan polis berhampiran rumahnya di Bukit Segambut di sini pada 1 tengah hari semalam, dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini. — Bernama

Mengambil pendirian sahaja tidak cukup. Boleh dikatakan hampir ke semua laman web dan blog pro PAS/PKR/DAP menggunakan teknik andaian dan spekulasi ini untuk mempengaruhi pemikiran rakyat. Pendirian oleh pihak PAS ini boleh dikatakan satu pendirian yang amat hipokrit.

Sebagai contoh, kes pembunuhan Altantuya yang dikaitkan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak. Dengan bermodalkan sekeping gambar yang memang nyata telah diubahsuai, mereka menjaja andaian dan spekulasi mereka yang menjurus kepada tanggapan masyarakat bahawa Timbalan Perdana Menteri itu memang ada kaitan dengan kes tersebut.

Berbeza dengan kes Anwar Bin Ibrahim, kes tersebut lebih bersifat peribadi. Apa perlunya sebuah parti politik yang boleh dikatakan antara yang tertua di Malaysia ini menyatakan sokongan mereka kepada seorang individu yang bukan ahli parti mereka, bahkan individu tersebut adalah pemimpin kepada sebuah parti yang memperkecil dan mempergunakan parti PAS sebagai budak suruhan mereka sahaja sebelum dan sesudah Pilihan Raya ke 12 yang lalu.

Amat jelas kelihatan betapa kemaruknya parti PAS untuk berkuasa sehingga sanggup menggadaikan dasar dan prinsip perjuangan Islam mereka.

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

12 Jun 2008

Antara Ayer dan Rakyat Jelata

Utusan Malaysia - Selangor tanggung air percuma RM132j setahun

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SHAH ALAM 11 Jun - Kerajaan campuran Selangor terpaksa membiayai RM132 juta setahun nilai kos 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri ini bagi mengotakan janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.

Menerusi persetujuan yang dicapai oleh kerajaan campuran Selangor melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd., (Syabas) hari ini, ia bermakna KDEB menanggung kos air yang dianggarkan sebanyak RM11 juta sebulan, berkuat kuasa 1 Jun.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ib- rahim berkata, selaras dengan keputusan tersebut, pengguna air di Selangor juga akan menerima bil air baru dengan rebat air percuma mengikut kadar yang ditetapkan itu bermula Isnin depan.

"Kita telah mengadakan perbincangan dengan pihak Syabas tengah hari tadi dan telah mencapai persetujuan iaitu bagi pengguna air di negeri ini yang telah menerima bil air sebelum 16 Jun (Isnin depan) akan menerima rebat bayaran untuk pengunaan 15 hari pertama bulan ini yang direkodkan di dalam bil bulan Julai.

"Kos berkenaan (20 meter padu air pertama) akan ditanggung oleh KDEB setiap bulan. Bagaimanapun, pemberian air percuma ini hanya untuk pengguna yang mempunyai meter individu sahaja," katanya ke- pada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai pemberian percuma sebanyak 20 meter padu pertama seperti dijanjikan oleh kerajaan negeri kepada seluruh rakyat Selangor mulai Jun ini, seperti yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, pemberian air percuma berkenaan yang juga merupakan satu usaha penstrukturan semula industri air di Selangor itu tertangguh sebelum ini, berikutan tiadanya persetujuan dicapai di antara kerajaan negeri dengan pihak Syabas termasuk daripada segi terma, syarat-syarat termasuklah kaedah-kaedah pelaksanaan yang akan digunapakai.

Pada 9 Jun lalu, Syabas telah menolak terma dan syarat pembayaran yang dikemukakan oleh KDEB berhubung pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada pengguna di Selangor.

Syabas mahu KDEB membiayai kos 20 meter padu air yang dianggarkan sebanyak RM11 juta sebulan berkuatkuasa 1 Jun dan bukannya pada bulan September seperti cadangan awal KDEB.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan berkata, rundingan mengenai perkara itu telah selesai memandangkan KDEB telah memberi aku janji untuk membayar bekalan air berkenaan bagi pihak kerajaan negeri dalam tempoh 30 hari setiap bulan.

"Kita jangkakan pelaksanaan ini untuk bulan ini (Jun) mungkin akan mengalami kesulitan. Namun, kita akan buat penyelarasan seperti yang dipersetujui,'' katanya.


Terima kasih kepada kerajaan Selangor pimpinan DAP dan boneka-bonekanya dari parti PKR dan PAS kerana berjaya menunaikan 'separuh' dari janji mereka untuk memberi bekalan air percuma untuk kegunaan domestik.

Kini tibalah masanya untuk kerajaan Selangor menyempurnakan bahagian yang separuh lagi dengan memastikan rakyat yang menggunakan sistem meter pukal yang mendiami rumah-rumah pangsa murah, sederhana atau mewah, turut mendapat habuan mereka.

Bilangan rakyat bermeter pukal ini mungkin sama atau melebihi rakyat yang bermeter individu jika diambil kira kepadatan penduduk dalam setiap meter persegi.

Jika sekarang kerajaan Selangor perlu membayar RM132 juta setahun kepada Syabas, maka dengan mengambil kira rakyat bermeter pukal ini, kerajaan Selangor perlu membelanjakan RM264 juta atau lebih, setahun.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mendukung ideologi sebuah parti yang berkonsepkan 'kesamarataan', perlu memastikan setiap rakyat dapat menikmati subsidi air tersebut tanpa perlu membeza-bezakan jenis meter yang digunakan.

Jumlah RM132 juta setahun atau RM11 juta sebulan itu bukanlah jumlah yang sedikit. Setelah gagal dalam cubaan untuk mendapatkan sumber kewangan dengan memeras hasil dari pekerja-pekerja asing, serta projek mega babi yang masih belum berjalan, dimanakah kerajaan Selangor akan mendapatkan dana bagi menampung subsidi air tersebut?

Antara langkah awal yang diambil untuk menambahkan sumber kewangan bagi membayar subsidi air tersebut, memotong elaun Menteri Besar dan konco-konconya :

Utusan Malaysia - Selangor mahu potong lebih 10%

SHAH ALAM 11 Jun - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjanji akan mengurangkan elaun keraian bagi Menteri Besar dan Exco dengan jumlah lebih daripada 10 peratus.

"Kita akan fikirkan (potongan) lebih besar daripada itu," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai jumlah itu sama ada ia berkemungkinan mencecah sehingga 50 peratus atau lebih besar lagi.

Dari kenyataan Tan Sri Khalid, beliau cuba menggunakan isu pemotongan elaun tersebut untuk menambah populariti kerajaan Selangor pimpinan DAPnya itu.

Beliau cuba menampakkan bahawa kerajaan parti campuran di Selangor sanggup mengorbankan elaun MB dan konco-konconya dengan peratusan yang lebih besar dari kerajaan pusat, supaya mereka dilihat sebagai kerajaan yang tidak membazirkan duit rakyat.

Sedangkan kerajaan Selangor sudah tentu akan terpaksa memotong perbelanjaan kerajaan negeri di sana sini termasuklah elaun MB dan konco-konconya supaya wang yang terkumpul dari pemotongan itu dapat digunakan untuk membayar subsidi air kepada Syabas.

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

09 Jun 2008

20 Meter Padu Air Mata Rakyat Selangor

Mungkin itulah jumlah air mata yang terkumpul dari rakyat Selangor yang menangis tak berlagu apabila sekali lagi kerajaan campuran parti pembangkang di Selangor gagal untuk mengotakan janji mereka.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menunjukkan sikap yang amat tidak bertanggungjawab apabila menyalahkan syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) kerana kegagalan mengeluarkan surat arahan kepada Syabas dan turut mendakwa kerajaan negeri tidak terlibat dengan kelewatan itu sedangkan syarikat KDEB adalah sebuah anak syarikat kerajaan negeri. Orang buta pun boleh 'nampak' pembohongan yang cuba diselitkan dalam kenyataan Menteri Besar tersebut.

Jumlah air mata rakyat Selangor terutamanya yang beragama Islam, mungkin akan bertambah dan melimpah ruah apabila pemerintah sebenar kerajaan negeri Selangor iaitu parti DAP melalui exconya memutuskan untuk menghapuskan peraturan pembinaan rumah ibadat bukan Islam.

Dari kelulusan projek mega ladang ternakan babi, pengharaman 'ketidak-izinan' Islam Hadhari di Selangor, jabatan khas untuk agama lain hinggalah kepada kebebasan mendirikan rumah ibadat bukan Islam, semuanya menunjukkan bahawa dasar-dasar tersebut didalangi oleh parti DAP.

Dimanakah dasar-dasar kerajaan negeri campuran yang boleh dilihat sebagai membangunkan dan memakmurkan Islam di negeri ini?

Amat menyedihkan apabila seorang EXCO dari sebuah parti yang menggunakan nama Islam, Datuk Dr. Hasan Ali, sanggup menjadikan dirinya boneka suruhan DAP untuk menjalankan agenda jahat DAP terhadap orang-orang Melayu dan Islam. Asalkan dapat berkuasa, biarlah Islam dan Melayu itu tergadai.

Bukan setakat di Selangor, DAP di Pulau Pinang sudah mula menjalankan agenda mereka untuk meng'singapura'kan pulau mutiara tersebut menerusi pemberian status hak milik tanah yang sedikit demi sedikit akan menghakis orang Melayu di pulau itu kerana mereka tahu orang Melayu tidak akan mampu untuk membayar harga premium tanah tersebut. Lihat apa sudah jadi kepada orang Melayu di Singapura?

Tapi apakan daya, jika parti yang menggunakan nama Islam itu sanggup untuk bersekongkol dengan syaitan supaya dapat berkuasa, apalah sangat parti DAP itu yang hanya terdiri dari manusia biasa dengan agenda busuknya.

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

16 Mei 2008

Komando A-Go-Go

Utusan Malaysia - Kementah diminta perjelas klip video komando

KUALA LUMPUR 15 Mei - Kementerian Pertahanan diminta memberi penjelasan sama ada perlakuan memijak kepala pelatih dalam video klip yang diterima oleh seorang Ahli Parlimen, menjadi sebahagian amalan dalam modul latihan komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Saifudin Nasution Ismail (PKR- Machang) berkata, kementerian perlu menyiasat perkara itu termasuk kemungkinan berlaku salah laku melibatkan jurulatih komando.

Klip video dua minit itu turut dipertontonkan kepada wakil media di lobi Parlimen, hari ini.

Menurutnya, walaupun klip video itu tidak dinyatakan tarikh dan tempat kejadian namun ia mempunyai asas yang kuat untuk disiasat kerana perlakuan yang dipaparkan di luar batas kemanusiaan dan dipercayai berlaku dalam negara ini.

''Kalau baru diperkenalkan saya mahu ia diubah dan jika bukan dalam modul, saya minta disiasat dan kenakan tindakan terhadap jurulatih yang terlibat kerana ia sangat di luar kemanusiaan," katanya pada sidang akhbar yang turut disertai beberapa Ahli Parlimen PKR lain.

Menurut Saifudin, beliau terkejut melihat klip video yang dirakamkan dalam ladang sawit itu kerana perlakuan memijak kepala para pelatih komando dengan sengaja tidak wajar dilakukan walau sekeras mana pun latihan untuk mereka.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenainya esok.


Nampaknya apa yang terjadi terhadap rakyat Palestin dan Iraq yang ditindas setiap hari oleh Yahudi dan tentera penjajah Amerika, gagal dijadikan pengajaran dan peringatan oleh pihak PAS, PKR dan DAP.


Mereka asyik mencari alasan dan menimbulkan pelbagai isu untuk menghapuskan Program Khidmat Latihan Negara tanpa berfikir akibatnya nanti.

Bagaimanakah agaknya generasi muda hari ini dan akan datang merupakan generasi yang langsung tiada kekuatan mental apatah lagi fizikal. Bagaimanakah mereka ini boleh diharapkan untuk mempertahankan negara ini jika diserang?

Baru sahaja diserang dengan kejatuhan matawang, dah nak jual negara kepada pertubuhan asing. Kini, si penjual itu pula yang mahu diangkat menjadi pemimpin negara ini.

Kini mereka mempersoalkan pula latihan ataupun 'penderaan' dalam pasukan komando.

Sebagai bekas Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, En. Saifudin harus sedia maklum bahawa komando-komando yang menjalani latihan tersebut bukanlah dari kalangan pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM atau dari kalangan pelajar yang baru dicuit sedikit oleh guru, terus mengadu dengan mak abah kemudian buat laporan polis.

Pasukan komando juga tidak boleh disamakan dengan pasukan bersenjata yang lain kerana mereka mesti menjalani latihan yang terlampau untuk menguatkan fizikal dan mental mereka untuk menghadapi pihak musuh.

Kalau latihan komando setakat panjat pokok turun pokok, merangkak bawah kawat berduri dan bergayut dengan tali, rasanya ADUN Bukit Lanjan sekarang ini pun layak untuk menjadi seorang komando. Malah, mungkin menjadi sejarah kerana menjadi ADUN pertama dalam Malaysia yang berjaya menamatkan latihan komando.

En. Saifudin mungkin terlupa dengan pendedahan gambar-gambar tahanan 'pengganas Islam' tentera Amerika yang diperlakukan lebih hina dari binatang. Macamlah pihak musuh nanti akan berfikir mengenai kewajaran tindakan mereka dan menjaga batas kemanusian apabila menyeksa tahanan mereka.

Jika En. Saifudin mengemukakan hal ini sekadar untuk mencari isu dan populariti, lebih baik lupakanlah. Akibatnya nanti mungkin boleh memberi kesan kepada keutuhan pertahanan negara kita, secara mentalnya.

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

14 Mei 2008

Isu Karpal - Teng kritik = Teng Pun Sama!

Utusan Malaysia - Isu Karpal - Teng kritik

KUALA LUMPUR 13 Mei – Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang terus mempertahankan pendiriannya mempersoalkan kuasa Sultan Perak dalam urusan pentadbiran agama Islam di negeri tersebut, dikritik oleh ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu sendiri, Teng Chang Khim.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor bagaimanapun, enggan memberi ulasan lanjut kerana beliau ‘tidak mahu mengiktiraf’ kenyataan Chang Khim dengan memberi jawapan.

Sebaliknya, beliau berkata, Chang Khim telah memaklumkan beliau (Chang Khim) akan menghadiri mesyuarat CEC di ibu pejabat DAP di Petaling Jaya, malam tadi bagi menjelaskan kenyataannya.

‘‘Beliau tidak hadir. Saya hairan kenapa?,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Berhakkah Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Kim mengkritik Karpal Singh kerana mempersoalkan kuasa Sultan Perak dengan mengeluarkan kenyataan yang dikatakan berbau hasutan, sedangkan dia sendiri lebih teruk lagi dari Karpal Singh?

Apa yang ingin saya nyatakan di sini, apa yang dilakukan oleh Teng Chang Kim adalah melampaui batas-batas sebagai seorang rakyat yang bersultan di Selangor.

Bagaimana beliau tetap dilantik juga sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, boleh dikatakan sebagai satu penghinaan kepada institusi beraja amnya, dan kepada kesultanan Selangor khasnya.

Tentunya anda tertanya-tanya isu apa pula yang timbul berkenaan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor ini?

Bacalah kenyataan berikut :

Date : 2008-04-12 18:51:30 - Author :
" Dear all please read this (http://www.sinchew-i.com/sciWWW/node/16633?tid=3). It is time for us to get rid of Sultan and their royal status in this country before the country getting more and more interfered by the monarchy. Too bad it was UMNO during post 1969 election that they passed the amendment of constitution to allow Sultan to protect the Ketuanan Malay in this country. They used this as a way for the non-malays not to question the Malay as the only rulers in this country and differentiate between bumi and non-bumi "
Date : 2008-04-16 00:29:32 - Author :
" let\'s topple the monarchy in this country "

Kenyataan di atas bukan lagi berbau hasutan, tetapi sememangnya adalah satu hasutan bagi menggulingkan institusi raja di Malaysia.

Kenyataan tersebut dipaparkan di laman web milik Teng Chang Kim sendiri di: http://www.klang1.com, di ruangan forum yang bertajuk 'Status of Sultan and Islamic state issue' bermaksud 'Kedudukan Sultan dan Isu Negara Islam'.

Walaupun terdapat penyataan bahawa apa yang dibincangkan dalam forum tersebut tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman web itu, tidak bermakna pemilik laman web itu terlepas dari tanggungjawab sosialnya iaitu menjaga keharmonian antara kaum, lebih-lebih lagi pemiliknya adalah seorang Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.

Dengan membiarkan kenyataan yang menghasut itu dipaparkan, bermakna dia sememangnya seorang yang tidak bertanggungjawab serta tidak sensitif dengan isu keharmonian diantara kaum di Malaysia ini.

Jika Karpal Singh boleh membuat laporan polis berdasarkan kenyataan di ruangan 'Chatbox' laman web PAS kawasan Johor Bahru, maka apa kata kita buat pula laporan polis terhadap Teng Chang Kim kerana menyiarkan hasutan untuk menggulingkan institusi raja? Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang ada berani?

DAULAT TUANKU!

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

Multimedia