Dalam setengah bulan ini sahaja saya telah menerima 4 permohonan mendaftar sebagai ahli baru yang tidak baru. Ada pemohon yang mungkin tidak sedar keahliannya telah didaftarkan oleh pihak tertentu tanpa pengetahuannya. Mungkin juga pemohon itu tidak pasti sama ada permohonannya yang terdahulu telah diluluskan atau tidak kerana tidak dimaklumkan oleh Cawangan yang dipohon. Mungkin juga ada pemohon yang memang dah tahu dia ahli UMNO, tapi nak juga daftar balik. Takkan habis kemungkinan yang ada.
Oleh itu, adalah diharapkan kepada pemohon-pemohon yang baru, membuat semakan keahlian anda sebelum mengisi borang permohonan.
Laman Berkaitan :
- Panduan Mengisi Borang Permohonan Mendaftar Sebagai Ahli Biasa
(Disediakan oleh : Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia)
Cara Membuat Semakan :
1. Mengunjungi Kaunter Mesra Ahli dan Pengaduan Awam di :
Lobi Aras 4, Menara Dato' Onn,
Jalan Tun Ismail,
50480 Kuala Lumpur.
Waktu Perkhidmatan: 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Oleh itu, adalah diharapkan kepada pemohon-pemohon yang baru, membuat semakan keahlian anda sebelum mengisi borang permohonan.
Laman Berkaitan :
- Panduan Mengisi Borang Permohonan Mendaftar Sebagai Ahli Biasa
(Disediakan oleh : Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia)
Cara Membuat Semakan :
1. Mengunjungi Kaunter Mesra Ahli dan Pengaduan Awam di :
Lobi Aras 4, Menara Dato' Onn,
Jalan Tun Ismail,
50480 Kuala Lumpur.
Waktu Perkhidmatan: 8.30 pagi hingga 5.30 petang

Antara kemudahan yang disediakan :
- Mendaftar sebagai ahli baru.
- Menyemak keahlian.
- Membayar yuran ahli.
- Penyerahan Borang permohonan pertukaran Cawangan.
- Penyerahan Borang Penubuhan Cawangan Baru.
- Membantu menjawab persoalan yang timbul di peringkat akar umbi.
- Rujukan berkaitan Perlembagaan Parti dan Perhimpunan Agung.
- Menyediakan maklumat mengenai parti dari semasa ke semasa oleh Jabatan Penerangan UMNO Malaysia
Sekiranya anda menelefon tetapi panggilan anda tidak berjawab, itu bukan bermakna ketiadaan petugas, tetapi petugas tersebut sedang melayan panggilan di talian lain. Anda tidak akan mendengar bunyi 'busy tone'. Oleh itu, teruskan mencuba sehingga panggilan anda dijawab.
3. Melalui e-UMNOSMS. Taip UMNO dan sms ke 33677.
Perkhidmatan ini disediakan hanya untuk pengguna Celcom (013 & 019) dan Maxis (012). Ianya akan dilanjutkan untuk pengguna Digi (016) pada masa hadapan.
Kemudahan perkhidmatan yang ditawarkan oleh e-UMNOSMS, antaranya :
- Semakan Keahlian
- Kemaskini Keahlian
- Aktiviti Bahagian
- Aduan
- Nombor Telefon Bahagian dan Ketua
- Senarai Ahli Majlis Tertinggi, Exco Wanita, Pemuda dan Puteri
- Diari Presiden dan Timbalannya
Sehingga artikel ini disiarkan, pihak K-Amal Technologies, pembekal perkhidmatan ini memaklumkan, e-UMNOSMS sedang tergendala ke tarikh yang tidak diketahui kerana kerja-kerja menaiktaraf dan mengemaskini sistem.
Laman Berkaitan :
- e-UMNOSMS (Tergendala)
- K-Amal Technologies (Tergendala)
- Celcom
- Maxis
- Digi
4. Melayari laman web 'Semakan Keahlian Online'
Walaupun kemudahan menyemak keahlian secara online ini sewajarnya dipuji, namun masih terdapat banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Antaranya :
Laman Berkaitan :
- e-UMNOSMS (Tergendala)
- K-Amal Technologies (Tergendala)
- Celcom
- Maxis
- Digi
4. Melayari laman web 'Semakan Keahlian Online'
Walaupun kemudahan menyemak keahlian secara online ini sewajarnya dipuji, namun masih terdapat banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Antaranya :
- Tempoh pencarian yang terlalu lama sehingga mencecah 2 - 3 minit. Bagaimana daftar pemilih yang mengandungi berjuta-juta maklumat pengundi, boleh dicari dalam beberapa saat sahaja, sedangkan maklumat ahli UMNO yang beberapa kerat itu sahaja mengambil masa yang lama. Adalah menjadi tanggungjawab pihak RWK Infotech, pembangun laman web tersebut, untuk menaiktaraf enjin carian atau kapasiti jalurlebar mereka. Semoga pihak UMNO Pusat tidak membayar harga sebuah kapal terbang untuk mendapatkan nilai sebuah enjin motorsikal Honda C70 (begitulah lembabnya enjin carian maklumat ahli, itupun menggunakan talian Streamyx 2Mbps).
- Maklumat Daftar Pemilih ahli tidak tertera sedangkan jika carian dilakukan di laman Semakan Daftar Pemilih SPR, ahli tersebut berdaftar sebagai pengundi.
- Maklumat ahli hanya setakat 30 Jun 2007. Dalam tempoh 30 Jun sehingga 31 Disember 2007, banyak ahli baru yang telah berdaftar dan bertukar cawangan. Ini menyulitkan kerja pengurusan keahlian kerana terpaksa menggunakan 3 cara yang teratas, yang memerlukan sedikit kos, untuk memastikan status pemohon baru serta bertukar cawangan.


