12 Januari 2008

Mesyuarat AJK 01/2008

Alhamdulillah, malam tadi, mesyuarat AJK UMNO Cawangan yang pertama untuk tahun ini telah selamat disidangkan. Dari segi kehadiran, seperti biasa, macam biasa.

Sorang je bang? Dah pukul 9 ni...mana yang lain?

Walaupun kepupusan Ketua Cawangan, Ketua Wanita dan kebanyakan AJK, itu tidak akan mencacatkan sama sekali perjalanan urusan UMNO Cawangan. Malah, ianya menguatkan lagi azam kami untuk lebih memberikan komitmen secara lebih tersusun dan agresif.

Jika ahli-ahli politik kebanyakan sibuk dengan gelombang merah, hijau atau warna masing-masing, kami AJK UMNO Cawangan akan melancarkan pula "Gelombang 'Kaler-Kaler'" iaitu gelombang yang merangkumi semua warna yang ada di atas muka bumi ini. Tujuan gelombang ini bukanlah untuk menenggelamkan karier politik sesiapa contohnya macam karier si Latif, tapi lebih merupakan simbolik yang membawa maksud, kami harus mempelbagaikan pendekatan serta gerak kerja kami untuk menjadikan UMNO Cawangan ini sebuah cawangan UMNO yang dikenali bukan kerana lembunya dilarikan atau peruntukannya dikelepet, tapi kerana pengurusan serta komitmen ahli yang padu, InsyaAllah.

Mesyuarat sedang dijalankan.

Di dalam mesyuarat ini juga, En. Nasaruddin tanpa segan silunya memaklumkan dengan rasmi pemangkuan jawatannya sebagai Ketua UMNO Cawangan Desa Jaya.

En. Nasaruddin Bin Ahmad
Timbalan Ketua UMNO Cawangan merangkap Pemangku Ketua UMNO Cawangan merangkap Bendahari UMNO Cawangan merangkap Pengarah Jentera Pilihanraya UMNO Peringkat Daerah Mengundi (107/37/07) Desa Jaya Jalan 20 - Jalan 38. (berapa banyak rangkap daa... kalau tak dapat jugak pangkat Datuk ni tak tahu laa...)

Suhaimi Bin Abdul Wahab
Setiausaha

Multimedia