16 Januari 2008

Mesyuarat Jentera Pilihanraya di Bilik Gerakan DUN Bukit Lanjan

Mesyuarat Jentera Pilihanraya Bagi Ketua-ketua Portfolio Risikan/Gerak Saraf, Gerak Gempur/Pemuda Bermotor dan Poster/Sepanduk Peringkat Daerah-Daerah Mengundi DUN Bukit Lanjan, atau lebih sesuai dijadikan 'Taklimat Jentera....', diadakan di Bilik Gerakan Jentera Pilihanraya UMNO Peringkat DUN Bukit Lanjan, Dewan JKK Kayu Ara pada 15 Januari 2008. Aturcara dimulakan dengan sesi kebiasaan iaitu sesi ketibaan wakil-wakil portfolio jentera bermula se'awal' jam 9 malam.

Taklimat dimulakan oleh Y.Bhg. Dato' Hj. Zein Isma Bin Hj. Ismail. Dalam taklimatnya, Y.Bhg. Dato' menekankan betapa pentingnya peranan Jentera Pemuda dalam menghadapi Pilihanraya Umum akan datang. Y.Bhg. Dato' seterusnya memberikan taklimat gerak kerja portfolio Pemuda secara am.

Agenda diteruskan dengan ucapan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Sdra. Megat Firdouz Bin Megat Junid, yang mahukan pemuda-pemuda UMNO sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua rintangan demi mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara.

Sebagai penutup, peluang diberikan kepada yang hadir untuk bertanyakan soalan atau mengemukakan permasalahan berkaitan, di mana, peluang itu selalunya jarang digunakan atau disalahgunakan.

Taklimat diakhiri dengan jamuan mee goreng kasar dan halus.

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

Pos Berkaitan :
1. Jemputan mesyuarat Pilihanraya

Multimedia