Mingguan Malaysia - Kerajaan Perak serah JAIP bendung judi, maksiat
IPOH 1 Nov. – Kerajaan Perak yang diterajui Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah membincangkan sebarang usaha pelaksanaan undang-undang Islam bagi membendung gejala judi dan maksiat membabitkan umat Islam di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ini kerana sudah ada agensi serta institusi tertentu seperti Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk menangani masalah itu.
Beliau berkata, sebarang perbincangan ke arah itu oleh kerajaan negeri memerlukan satu kajian terlebih dahulu kerana masalah tersebut turut melibatkan orang bukan Islam.
‘‘Kita tidak boleh mengambil jalan mudah dengan menutup pusat-pusat hiburan dan kedai judi kerana kita kena ingat Perak juga mempunyai kaum-kaum lain.
‘‘Di Punjab, Pakistan yang penduduknya hampir 100 peratus Islam pun susah untuk melaksanakan, inikan pula di Perak yang mempunyai pelbagai kaum dan agama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtima’ Persatuan Agama Islam Negeri Perak di Institut Tadbiran Islam Malaysia Perak (Intim) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan yang bertanya sama ada Kerajaan Perak mempunyai sebarang perancangan untuk menangani gejala maksiat membabitkan orang Islam yang berleluasa di negeri ini.
Dulu bukan main galak lagi mereka itu mempersalahkan kerajaan Barisan Nasional atas masalah dan gejala sosial serta keruntuhan akhlak yang berlaku kerana membenarkan pusat-pusat hiburan dan kedai judi dibuka.
Ia juga turut menjadi bahan kempen mereka untuk meraih undi dengan memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional.
Kini, apabila 'pisau dan timun' sudah di tangan, begitu mudah pula mereka mahu meloloskan diri dari tanggungjawab mereka dengan mencampakkan tanggungjawab itu kepada Jabatan Agama Islam semata-mata.
Selepas ini, mereka tidak ada alasan lagi untuk menyalahkan kerajaan Barisan Nasional sebagai penyebab gejala sosial di negara ini. Mereka perlu salahkan pula semua Jabatan-jabatan Agama, Majlis-Majlis Agama, Majlis Fatwa, Majlis Ulama', Institusi-institusi Islam hatta ke ahli-ahli jawatankuasa Masjid.