Memaparkan catatan dengan label Info Pilihanraya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Pilihanraya. Papar semua catatan

14 Mac 2008

Keputusan PRU 12 Bagi Parlimen Subang dan DUN-DUN Yang Sewaktu Dengannya



BAHAGIAN PILIHAN RAYA : P.107 SUBANG


S. MURUGESAN (BN)
28,315

R. SIVARASA (PKR)
35,024 - MENANG

JUMLAH PEMILIH :
KERTAS UNDI DITOLAK :
KERTAS UNDI DIKELUARKAN :
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :
PERATUSAN PENGUNDIAN :
MAJORITI :
84,414
2,079
65,861
443
78.02%
6,709



BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.37 BUKIT LANJAN


YONG DAI YING (BN)
6,970

ELIZABETH WONG (PKR)
12,125 - MENANG

JUMLAH PEMILIH :
KERTAS UNDI DITOLAK :
KERTAS UNDI DIKELUARKAN :
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :
PERATUSAN PENGUNDIAN :
MAJORITI :
25,550
299
19,420
26
76.01%
5,155



BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.38 PAYA JARAS


MUHAMMAD BUSHRO (BN)
11,521 - MENANG

MOHD KHAIRUDDIN (PAS)
10,879

JUMLAH PEMILIH :
KERTAS UNDI DITOLAK :
KERTAS UNDI DIKELUARKAN :
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :
PERATUSAN PENGUNDIAN :
MAJORITI :
29,163
429
22,883
54
78.47%
642



BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.39 KOTA DAMANSARA


ZEIN ISMA ISMAIL (BN)
10,771

NASIR HASHIM (PKR)
11,846 - MENANG

JUMLAH PEMILIH :
KERTAS UNDI DITOLAK :
KERTAS UNDI DIKELUARKAN :
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :
PERATUSAN PENGUNDIAN :
MAJORITI :
29,701
603
23,566
346
79.34%
1,075


07 Mac 2008

Malam Pilihan Raya Ke 12



Nasa mengadakan taklimat terakhir bagi memastikan setiap petugas memahami tugasan masing-masing.



Ketua UMNO Bahagian Subang, Dato' Hj. Mohd Mokhtar sempat turun sebentar ke bilik gerakan untuk meninjau persediaan jentera.



Datin Paduka Yong Dai Ying turut membuat lawatan di minit terakhir sebelum masuk detik hari pengundian.



Seterusnya Datin Paduka menyinggah sebentar untuk melihat khemah Pejabat Parti ataupun Pondok Panas yang diletakkan di padang Jalan 32 kira-kira 250 meter dari tempat pembuangan undi.

06 Mac 2008

Pulanglah Oh Pulanglah...

Salam buat para pengundi yang berdaftar di Daerah Mengundi 107/37/07 - Desa Jaya Jalan 20 ~ 38 yang berada di luar daerah mengundi.

Kerjasama anda diperlukan untuk memaklumkan kepada pihak kami sekiranya anda akan hadir atau tidak akan hadir untuk membuang undi pada 8 Mac 2008 nanti di S.R.J.K (C) Desa Jaya bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Bagi pengundi luar yang ingin hadir, tetapi memerlukan bantuan, maklumkan juga kepada kami. Kami akan cuba sedaya mampu untuk membantu anda merealisasikan impian anda bagi memilih sebuah kerajaan yang selamat, aman dan makmur.

Sila taip SMS seperti berikut ke nombor 0133939304 :
NO. KAD PENGENALAN (jarak) HADIR/TAK HADIR/BANTUAN

Atau e-melkan ke :
umnodj@gmail.com

Sila khabar-khabarkan kepada kenalan anda sekiranya anda mengetahui dia adalah pengundi luar Daerah Mengundi yang dinyatakan.

Mohd. Nazim Zulkepli Pn. Rosnani Ibrahim
Ketua Portfolio Pengundi Luar Ketua K10
JP DM 107/37/07

05 Mac 2008

Polling Molling Counting Mounting

Ingatkan UMNO jo yang goma buek kojo pesyen terhegeh-hegeh nih. Gerakan pun samo yo perangai eh. Malam ni punyo program, dokek nak maghrib baru tau. Bukan nak koba semalam ko, kemarin ko, tahun lopeh ko.

Program eh malam tadik, taklimat tuk yang kojo jadik ejen tompek mengundi ngan kiro undi kek bilik gorakan calon BN DUN Bukit Lanjan kek BU4. Lopeh tu tetibo lak ado petugeh pemerhati barung.

Disuruh eh laa ketuo polling daerah mengundi bawak semua petugeh dio ngan ic potostet dan gambar hensem sekoping. Hari tu kan dah boghi semuo tu kek bilik gorakan jentoro pilihanrayo UMNO DUN Bukit Lanjan. Apolak yang bilik gorakan calon parti Gerakan tak mintak toruih jo kek bilik gorakan DUN Bukit Lanjan tu? Bak omputih cakap, dongan izin, tak synchronize langsung. Ntah botul ontah tidak ejo eh tu. Ntah bapo kali nak mintak.

Biaso kalau UMNO yang buek program tu, mesti ado makan-makan ko apo. Kisah eh malam tadi, Gerakan buek tak do lak makan-makan. Air botol mineral yo diboghi eh. Tak tau lah kalau memang dah camtu pesyen eh parti Gerakan buek apo-apo program tak do makan-makan.

Hj. Hamzah, ketuo bab poling konting nih, dio la yang boghi taklimat norangkan camno gayo eh jadik ejen tompek mengundi ngan kiro undi nanti.


Gambar 'blur'...se'blur' orang yang amik gambar nih pasal dah ngantuk sangat.

Dah tongah malam barulah habih taklimat eh. Lopeh tu begogeh laa naik keto Rosman balik ko dewan pasal ado masyukkk... Macam pelosit Rosman bawak keto, sampai Kak Faridah pun cuak la kato orang johor tu... nyarih-nyarih nak cium bontot bas.

Itu laa cerito eh semalam. Sekian. Terimo kasih.

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

04 Mac 2008

Ronda-Ronda Pemuda BN Subang


Sekadar nak menghilangkan mengantuk...

Pepagi buta dalam pukul 2 pagi tadi, segerombolan pemuda yang diketuai oleh Sdra. Ibrahim datang menggempur bilik gerakan.


Laman blog umnodj menjadi rujukan untuk berita tempatan terkini

Mereka dalam misi meronda ke semua 12 daerah mengundi dalam DUN Bukit Lanjan untuk meninjau perkembangan gerak kerja pemuda di setiap bilik gerakan terutamanya yang berkaitan dengan poster.

...and the rest is historyzzZZzzZZzz...

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

01 Mac 2008

Kenali Calon Barisan Nasional Bagi Kerusi DUN N.37 Bukit Lanjan


Datin Paduka Yong Dai Ying
Calon Ahli Dewan Undangan Negeri N.37 Bukit Lanjan


A. MAKLUMAT PERIBADI

Nama : Yong Dai Ying
Tarikh Lahir : 14 Februari 1953
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Pengarah Urusan

B. PENDIDIKAN

- M.Sc (Computer Science) USA, University of Massachusette, USA (1991)
- M.Sc (Computer Technology) USA, Indiana State University, USA (1987)
- B.Sc (Computer Science) USA, Indiana State University, USA (1986)

C. JAWATAN DALAM KERAJAAN

- ADUN Bukit Lanjan, Selangor (2004-2007)
- Pembantu EXCO Multimedia, Alam Sekitar dan Pembangunan Kampung-kampung Baru (2004-2008)
- Ahli Majlis, Majlis Bandaraja Petaling Jaya (MBPJ) (2005-2006)

D. JAWATAN DALAM PARTI (DAHULU & SEKARANG)

- Timbalan Ketua Wanita Nasional PGRM (2002-kini)
- Ketua PGRM Cawangan Bukit Lanjan (2005-kini)
- Naib Ketua Wanita Negeri Selangor PGRM (2005-kini)
- Ketua Biro Pembangunan Kampung Baru Negeri Selangor PGRM (2005-2008)
- Biro Hal Ehwal Antarabangsa dan Perhubungan Etnik PGRM (2002-kini)
- Ahli Jawatankuasa Pusat PGRM (2002-2005)
- Timbalan Speaker PGRM (2002-2005)
- Ketua Wanita Wilayah Persekutuan PGRM (2002-2004)
- AJK Barisan Nasional W.P PGRM (1999-2002)
- Bendahari Wanita Nasional PGRM (1999-2002)
- Ketua Wanita Segambut PGRM (1995-2004)
- Setiausaha Wanita Wilayah PGRM (1995-1999)

E. JAWATAN DALAM BADAN-BADAN SUKARELA

- Ahli MNCC – Malaysia National Computer Confederation (1994-kini)
- Ahli NAWEM – National Association Women’s Entrepreneur (1997-kini)
- Presiden kepada Rotary Club of Bukit Bintang (2000-2001)
- Ahli Majlis Tiara Management Corporation (2002-2004)
- Koordinator kepada (Central – Southern Region) Satu Academy (2002-2003)
- Presiden kepada Satu Hati Toastmasters Club (2003-2004)
- Ahli Kehormat kepada Sungai Buloh Lions Club (2004-kini)
- Ahli Kehormat kepada Kelana Jaya Rotary Club (2005-kini)

28 Februari 2008

Kenali Calon Barisan Nasional Bagi Kerusi Parlimen P.107 Subang

En. Murugesan Sinnandavar
Calon Ahli Parlimen P.107 Subang

Latar Belakang Keluarga :

  • Cahaya mata kedua pasangan suami isteri En. Sinnandavar dan Puan Wong On Lan.
  • Mempunyai 3 orang adik beradik iaitu seorang kakak dan dua orang adik lelaki.
  • Kakak bernama Vasugi berijazah perguruan di Kuantan manakala adiknya Chandra Mohan dan Karunakaran berkelulusan ijazah bekerja di Port Kelang dan Petaling Jaya.
  • Membesar dalam sebuah keluarga serba miskin dari segi kekayaan material tetapi kaya dengan budi bahasa.
  • Ayahnya (pesara) pernah membanting tulang sebagai tukang kebun sekolah untuk menampung seisi keluarga.
  • Ibunya (meninggal dunia) pernah mengerah keringat siang dan malam dengan mengambil upah mencuci kain serta menjual kuih-muih.
  • Segala titisan peluh, pengorbanan suci, linangan air mata dan doa kudus ibu bapanya telah merangsang S. Murugesan dan adik-beradiknya untuk menjulang nama keluarga dan mendabik dada sebagai graduan university lantas berjaya dalam profesion masing-masing.

Profil Rumah Tangga :

  • S. Murugesan (40 tahun) memulakan bahtera kehidupan berkeluarga dengan Pn. Thilaga Kaliaperumal pada tahun 1995.
  • Pn. Thilaga berkelulusan Sarjana Perundangan dari Universiti Malaya dan kini berkhidmat sebagai seorang peguam.
  • Dikurniai dengan seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan :-
  1. Vhimall (12 tahun) menuntut di SRK Taman Gembira, Klang.
  2. Dhaanyaa (9 tahun) menuntut di SRJK(T) Simapng Lima, Klang.
  3. Tharini (5 tahun) mengikuti kursus pra-sekolah di Cahaya Gemilang Kindergarten, Klang.
  • Merupakan seorang suami serta ayah yang bertanggungjawab, penyayang, peka serta komited dalam proses pembentukan keluarga yang harmonis dalam erti kata sebenarnya.

Profil Akademik :

  • Memulakan alam persekolahannya dengan menjejakkan kaki ke pengajian sekolah rendah di SRK Simpang Lima (1) Klang (1974 - 1979).
  • Meneruskan pengajian menengah di SMK LaSalle, Klang (1980 - 1984).
  • Pengajian pra-universitinya (STPM) disempurnakan di SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang (1985 - 1986).
  • Bukan calang-calang orang dalam arena akademik dan ko-kurikulum sepanjang proses pengajian bangku sekolahnya.
  • Berjaya memanifestasikan kejayaannya dalam arena akademik serta ko-kurikulum sehingga dinobatkan sebagai :-
  1. Pelajar Terbaik SRP (kini dikenali sebagai PMR) pada tahun 1982 di SMK LaSalle, Klang dengan meraih keputusan 8A.
  2. Pelajar Terbaik SPM di SMK LaSalle, Klang dengan meraih 7A.
  3. Tokoh Pelajar Cemerlang Subjek Sains dan Bahasa Melayu bagi tiga tahun berturut-turut di SMK LaSalle, Klang.
  4. Ketua Murid / Pengawas SMK LaSalle, Klang pada tahun 1984.
  5. Ketua Kelas pada tahun 1983.
  6. Presiden Persatuan Bahasa Tamil SMK LaSalle, Klang pada tahun 1984.
  7. Pendebat Sekolah (dalam Bahasa Melayu) - Naib Johan Pertandingan Debat Antara Sekolah Daerah Klang.
  • Proses pencarian ilmu S. Murugesan dilanjutkan ke menara gading setelah meraih keputusan membanggakan dalam STPM.
  • Meneruskan pengajian tinggi dalam jurusan undang-undang melalui program pengajian berkembar di Vanto Academy, Malaysia dan selanjutnya di Holborn Law Tutors di London.
  • Lulus dengan kepujian dan merangkul Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Hons. (L.L.B) di University of London pada tahun 1990 dan Certificate in Legal Practice (CLP).
  • Merealisasikan pengajian sarjananya (L.L.M) dalam jurusan undang-undang di University Malaya pada tahun 1999.
  • Peguam Bela dan Peguan Dakwa di Mahkamah Tinggi Malaya sejak tahun 1992.
  • Pernah dinobatkan dengan anugerah Ahli Mangku Negara (AMN).
  • Menghoskan rancangan perguaman Bahasa Tamil ' Sattam Unggal Paravai' yang disiarkan melalui ASTRO.
  • Pernah menyertai Persidangan Antarabangsa dalam International Academy for Leadership, Saarbrucken, Germany anjuran Friedrich Naumann Foundation (2003).

S. Murugesan Pemimpin Berjiwa Politik :

  • Mula berjinak dalam arena politik negara sejak tahun 1999.
  • Berkecimpung dalam perjuangan politik kaum India melalui parti MIC mulai tahun 1999 hingga kini.
  • Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) bagi MIC Kebangsaan.
  • Setiausaha Pemuda MIC Kebangsaan.
  • Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Pemuda MIC Negeri Selangor (2000 - 2002).

S. Murugesan Pemimpin Berobligasi Sosial :

  • Pemimpin berkarismatik dengan ciri-ciri kepimpinan yang unggul untuk merintis perjuangan obligasi sosial masyarakatnya.
  • Pemimpin bersuara rakyat yang sering lantang bersuara tentang permasalahan rakyat.
  • Pemimpin bervisi dan berwawasan dalam merealisasikan segala portfolio yang dimandatkan.
  • Pemimpin berjiwa masyarakat yang sering turun padang berdiri sama tegak dan duduk sama rendah bersama rakyat untuk menjayakan semua seruan kerajaan.
  • Pemimpin prihatin dan berhati mulia yang sering menghulurkan bantuan ikhlas kepada golongan yang memerlukan.
  • Pemimpin berminda ekonomis yang sering memaksimumkan kepentingan kepada masyarakat dalam pembangunan sosio-ekonomi negara.
  • Pemimpin idealistik yang sering membuahkan idea kritis lagi membina untuk membangunkan taraf hidup masyarakat.
  • Pemimpin berrevolusi serta reformis demi menegakkan prinsip perjuangan politik bagi kepentingan masyarakat.
  • Pemimpin berstamina sukan yang bergiat aktif dalam arena kesukanan golongan pemuda negara.
  • Pemimpin nasionalis yang sentiasa menggerakkan aktiviti menyemai nilai patriotisme dalam kalangan masyarakat.

27 Februari 2008

Papan Karom


Hj. K menerima papan karom dari Sdra. Jaafar sambil si Hafiz pun menyibuk untuk bergambar bersama.

Pagi tadi dalam pukul 1, Sdra. Jaafar dari Pemuda Subang telah turun ke Bilik Gerakan untuk menyampaikan sumbangan papan karom bagi kegunaan para petugas, terutamanya pemuda.

Papan-papan karom tersebut diedarkan ke semua bilik-bilik gerakan jentera pilihanraya daerah mengundi DUN Bukit Lanjan.

Ini macam kalu, boleh buat pertandingan karom nanti. Ada berani?

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

26 Februari 2008

Pasang Poster


Sementara Bilik Gerakan sibuk dengan pelbagai aktiviti, beberapa orang petugas menjalankan operasi pemasangan dan baikpulih pemasangan poster.


Dari keadaan poster yang dipasang sebelum ini oleh beberapa orang petugas lain, didapati susun atur poster-poster tersebut tidak sesuai atau dalam perkataan lain, berserabut. Oleh itu, baik pulih terpaksa dilakukan untuk memastikan poster dipasang dengan kemas dan tersusun.

Dalam senario lain, poster-poster Calon Barisan Nasional bagi N.37 DUN Bukit Lanjan, Y.B. Datin Paduka Yong Dai Ying ditangguhkan pemasangannya ekoran dari isu yang sedang melanda Y.B. Datin Paduka.

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

Multimedia