26 Februari 2008

Pasang Poster


Sementara Bilik Gerakan sibuk dengan pelbagai aktiviti, beberapa orang petugas menjalankan operasi pemasangan dan baikpulih pemasangan poster.


Dari keadaan poster yang dipasang sebelum ini oleh beberapa orang petugas lain, didapati susun atur poster-poster tersebut tidak sesuai atau dalam perkataan lain, berserabut. Oleh itu, baik pulih terpaksa dilakukan untuk memastikan poster dipasang dengan kemas dan tersusun.

Dalam senario lain, poster-poster Calon Barisan Nasional bagi N.37 DUN Bukit Lanjan, Y.B. Datin Paduka Yong Dai Ying ditangguhkan pemasangannya ekoran dari isu yang sedang melanda Y.B. Datin Paduka.

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

Multimedia