Kedatangan mesyuarat kali ini agak memberansangkan. Perbincangan lebih tertumpu kepada persiapan bilik gerakan dan laporan persiapan jentera yang akan dibentangkan semasa lawatan Pengarah Jentera DUN Bukit Lanjan pada 15 Februari akan datang.
Turut menjadi bahan perbincangan hangat, tindakan seorang ahli biasa UMNO Cawangan yang cuba menguji kesabaran jentera UMNO cawangan dengan mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan serta membuat tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah. (Isu ini telahpun dianggap selesai pada sebelah malamnya setelah ahli tersebut menerima usul penyelesaian yang diajukan).
Mesyuarat sempat ditangguhkan sebelum waktu Maghrib.
Suhaimi Bin Abdul Wahab
Setiausaha
Setiausaha



