En. Murugesan SinnandavarCalon Ahli Parlimen P.107 Subang
Latar Belakang Keluarga :
- Cahaya mata kedua pasangan suami isteri En. Sinnandavar dan Puan Wong On Lan.
- Mempunyai 3 orang adik beradik iaitu seorang kakak dan dua orang adik lelaki.
- Kakak bernama Vasugi berijazah perguruan di Kuantan manakala adiknya Chandra Mohan dan Karunakaran berkelulusan ijazah bekerja di Port Kelang dan Petaling Jaya.
- Membesar dalam sebuah keluarga serba miskin dari segi kekayaan material tetapi kaya dengan budi bahasa.
- Ayahnya (pesara) pernah membanting tulang sebagai tukang kebun sekolah untuk menampung seisi keluarga.
- Ibunya (meninggal dunia) pernah mengerah keringat siang dan malam dengan mengambil upah mencuci kain serta menjual kuih-muih.
- Segala titisan peluh, pengorbanan suci, linangan air mata dan doa kudus ibu bapanya telah merangsang S. Murugesan dan adik-beradiknya untuk menjulang nama keluarga dan mendabik dada sebagai graduan university lantas berjaya dalam profesion masing-masing.
Profil Rumah Tangga :
- S. Murugesan (40 tahun) memulakan bahtera kehidupan berkeluarga dengan Pn. Thilaga Kaliaperumal pada tahun 1995.
- Pn. Thilaga berkelulusan Sarjana Perundangan dari Universiti Malaya dan kini berkhidmat sebagai seorang peguam.
- Dikurniai dengan seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan :-
- Vhimall (12 tahun) menuntut di SRK Taman Gembira, Klang.
- Dhaanyaa (9 tahun) menuntut di SRJK(T) Simapng Lima, Klang.
- Tharini (5 tahun) mengikuti kursus pra-sekolah di Cahaya Gemilang Kindergarten, Klang.
- Merupakan seorang suami serta ayah yang bertanggungjawab, penyayang, peka serta komited dalam proses pembentukan keluarga yang harmonis dalam erti kata sebenarnya.
Profil Akademik :
- Memulakan alam persekolahannya dengan menjejakkan kaki ke pengajian sekolah rendah di SRK Simpang Lima (1) Klang (1974 - 1979).
- Meneruskan pengajian menengah di SMK LaSalle, Klang (1980 - 1984).
- Pengajian pra-universitinya (STPM) disempurnakan di SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang (1985 - 1986).
- Bukan calang-calang orang dalam arena akademik dan ko-kurikulum sepanjang proses pengajian bangku sekolahnya.
- Berjaya memanifestasikan kejayaannya dalam arena akademik serta ko-kurikulum sehingga dinobatkan sebagai :-
- Pelajar Terbaik SRP (kini dikenali sebagai PMR) pada tahun 1982 di SMK LaSalle, Klang dengan meraih keputusan 8A.
- Pelajar Terbaik SPM di SMK LaSalle, Klang dengan meraih 7A.
- Tokoh Pelajar Cemerlang Subjek Sains dan Bahasa Melayu bagi tiga tahun berturut-turut di SMK LaSalle, Klang.
- Ketua Murid / Pengawas SMK LaSalle, Klang pada tahun 1984.
- Ketua Kelas pada tahun 1983.
- Presiden Persatuan Bahasa Tamil SMK LaSalle, Klang pada tahun 1984.
- Pendebat Sekolah (dalam Bahasa Melayu) - Naib Johan Pertandingan Debat Antara Sekolah Daerah Klang.
- Proses pencarian ilmu S. Murugesan dilanjutkan ke menara gading setelah meraih keputusan membanggakan dalam STPM.
- Meneruskan pengajian tinggi dalam jurusan undang-undang melalui program pengajian berkembar di Vanto Academy, Malaysia dan selanjutnya di Holborn Law Tutors di London.
- Lulus dengan kepujian dan merangkul Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Hons. (L.L.B) di University of London pada tahun 1990 dan Certificate in Legal Practice (CLP).
- Merealisasikan pengajian sarjananya (L.L.M) dalam jurusan undang-undang di University Malaya pada tahun 1999.
- Peguam Bela dan Peguan Dakwa di Mahkamah Tinggi Malaya sejak tahun 1992.
- Pernah dinobatkan dengan anugerah Ahli Mangku Negara (AMN).
- Menghoskan rancangan perguaman Bahasa Tamil ' Sattam Unggal Paravai' yang disiarkan melalui ASTRO.
- Pernah menyertai Persidangan Antarabangsa dalam International Academy for Leadership, Saarbrucken, Germany anjuran Friedrich Naumann Foundation (2003).
S. Murugesan Pemimpin Berjiwa Politik :
- Mula berjinak dalam arena politik negara sejak tahun 1999.
- Berkecimpung dalam perjuangan politik kaum India melalui parti MIC mulai tahun 1999 hingga kini.
- Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) bagi MIC Kebangsaan.
- Setiausaha Pemuda MIC Kebangsaan.
- Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Pemuda MIC Negeri Selangor (2000 - 2002).
S. Murugesan Pemimpin Berobligasi Sosial :
- Pemimpin berkarismatik dengan ciri-ciri kepimpinan yang unggul untuk merintis perjuangan obligasi sosial masyarakatnya.
- Pemimpin bersuara rakyat yang sering lantang bersuara tentang permasalahan rakyat.
- Pemimpin bervisi dan berwawasan dalam merealisasikan segala portfolio yang dimandatkan.
- Pemimpin berjiwa masyarakat yang sering turun padang berdiri sama tegak dan duduk sama rendah bersama rakyat untuk menjayakan semua seruan kerajaan.
- Pemimpin prihatin dan berhati mulia yang sering menghulurkan bantuan ikhlas kepada golongan yang memerlukan.
- Pemimpin berminda ekonomis yang sering memaksimumkan kepentingan kepada masyarakat dalam pembangunan sosio-ekonomi negara.
- Pemimpin idealistik yang sering membuahkan idea kritis lagi membina untuk membangunkan taraf hidup masyarakat.
- Pemimpin berrevolusi serta reformis demi menegakkan prinsip perjuangan politik bagi kepentingan masyarakat.
- Pemimpin berstamina sukan yang bergiat aktif dalam arena kesukanan golongan pemuda negara.
- Pemimpin nasionalis yang sentiasa menggerakkan aktiviti menyemai nilai patriotisme dalam kalangan masyarakat.


