YB Dato' Hj. Mohd Mokhtar Bin Hj. Ahmad DahlanKepong, 1 Februari - Pelancaran laman blog UMNO Cawangan Desa Jaya akan dirasmikan oleh YB Dato' Hj. Mohd Mokhtar Bin Hj. Ahmad Dahlan selaku Ketua UMNO Bahagian Subang, semasa Majlis Sambutan Ma'al Hijrah dan Ramah Mesra Ahli Dengan Pemimpin anjuran UMNO Cawangan Desa Jaya.
Laman blog yang baru berusia 23 hari itu, telah menerima banyak maklumbalas positif dari pelbagai pihak. Ia mengandungi maklumat berkenaan UMNO Cawangan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Laman blog tersebut bertujuan untuk memberikan maklumat terkini kepada ahli-ahli. Ahli-ahli juga berpeluang untuk menyuarakan pandangan mereka atau membuat pengumuman berkenaan aktiviti kemasyarakatan seperti kenduri kendara, gotong royong dan sebagainya.
Laman blog UMNO Cawangan Desa Jaya boleh dikunjungi di http://umnodj.blogspot.com
Laman blog UMNO Cawangan Desa Jaya boleh dikunjungi di http://umnodj.blogspot.com


