26 Februari 2008

PERUNTUKKAN PEMUDA UNTUK PILIHANRAYA

Saya meminta kepada semua Jentera Pemuda untuk bersabar mengenai peruntukkan Pilihanraya.

Saya baru saja mendapat berita dari peringkat Pemuda Bahagian di mana Pemuda akan mendapat T-shirt sebanyak lebih kurang 100 helai utuk setiap peti undi. Oleh itu jangan ler kita bergaduh kerana isu-isu remeh umpama tak dapat T-shirt dan sebagainya.

T-shirt telah di tempah cuma belum siap aja lagi. Dari segi kewangan pula, peruntukkan untuk Pemuda pasti ada. Saya selaku Ketua Pemuda UMNO Cawangan akan memperjuangkan nasib rakan-rakan semua untuk mendapatkan hak rakan-rakan, cuma apa yang saya inginkan, berilah komitmen rakan-rakan untuk Pilihanraya ini.

Saya akan agihkan segala peruntukkan Pemuda untuk rakan-rakan apabila saya memperolehinya kelak. Saya berjanji saya akan mengagihkan segala peruntukkan Pemuda kepada rakan-rakan dengan seadil-adilnya. Itu janji saya sebagai Ketua Pemuda UMNO Caw. Desa Jaya.

Usah kita terpedaya dengan Dakyah-Dakyah di luar yang cuba meretakkan hubungan Pemuda. Pemuda harus bekerja dalam satu kumpulan. Jika ada apa-apa permasalahan, terus berjumpa dengan saya dan kita akan cuba menyelesaikannya seperti keluarga.

Norhafizan Bin Abdul Wahab
Ketua Pemuda
UMNO Cawangan Desa Jaya

Multimedia