Tugasan hari ini adalah untuk mengemaskan bilik yang telah dilabelkan selama 6 tahun sebagai bilik mesyuarat. Hakikatnya bilik tersebut telah dijadikan bilik simpanan pelbagai kelengkapan serta pelbagai spesis debu.
Bilik tersebut akan dijadikan sebagai Bilik IT untuk kegunaan portfolio jentera yang berkaitan. Sebelum memulakan tugasan, apa kata kalau kita minum dulu.....

Gerai Wak Sani yang menjadi tempat tumpuan para petugas memuaskan nafsu makan dan minum.

Sempat beramah mesra dengan rakan-rakan dari UMNO Cawangan Dataran Ehsan dan Cawangan Ehsan Utara

Sdra. Latif mengikuti perkembangan politik semasa dengan membaca suratkhabar 'Sinar'.

Wak sedang beramah mesra dengan pelanggannya.

Hj. Jamian Bin Warno, Pengarah Jentera Pilihanraya Daerah Mengundi Desa Jaya Jalan 39 - 56, yang memperlekehkan usaha UMNO Cawangan mengadakan laman blog ini, turut menjamu selera di gerai ini.

Keadaan 'Bilik Mesyuarat' yang telah dibersihkan. Gambar keadaan sebelumnya tidak sesuai disiarkan untuk tatapan umum.
Kebetulan apabila kerja-kerja pembersihan bilik selesai, secara tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Kejadian ini telah menghangatkan lagi suasana kerana kipas tidak berfungsi. Apabila diperiksa, didapati hanya dewan ini sahaja yang tiada bekalan elektrik. Disyaki fius utamanya telah terbakar.
Panggilan telah dibuat kepada juru-juru elektrik yang dikenali, namun semuanya ada hal masing-masing. Oleh itu, Hj. Khalid membuat aduan ke TNB 15454 supaya memperbaiki kerosakan tersebut dengan kadar segera.

Petugas berehat sambil menanti kedatangan pihak TNB untuk menyiasat punca kejadian.

Tahniah kepada pihak TNB yang telah memberikan tindakbalas yang cukup pantas terhadap aduan pengguna.

Kelihatan papan yang menempatkan fius dan meter turut terbakar.

Seperti biasa dimana jua, lebih ramai yang melihat dari yang membuat.

Fius yang telah ditukar.
Walaupun bekalan elektrik dewan telah dapat dipulihkan, tapi fius yang diganti hanyalah penyelesaian sementara. Gangguan mungkin akan berulang semula memandangkan sistem pendawaian elektrik dewan yang sudah terlalu uzur. Tidak pernah dinaiktaraf semenjak 1981.
Pada masa yang sama, program lawatan ke Bilik Gerakan Jentera UMNO Cawangan Desa Jaya Wawasan sedang berlangsung. Dato' Hj. Zein Isma dan YB Datin Paduka Yong Dai Ying mengetuai lawatan tersebut.
Sdra. Nasaruddin selaku Pengarah yang turut serta dalam program itu, mengambil kesempatan untuk mengutarakan masalah pendawaian elektrik dewan ini kepada YB Datin Paduka Yong Dai Ying.
Walaupun gagal dalam usaha membawa kehadiran YB Datin Paduka ke dewan untuk melihat sendiri masalah yang ada, namun YB Datin Paduka telah sudi untuk menimbangkan peruntukan bagi menaiktaraf pendawaian elektrik dewan yang sedia ada.
Sementara itu, dilaporkan terdapat sehingga 5 orang yang mengikuti rombongan lawatan tersebut telah tersesat ke Bilik Gerakan Jentera UMNO Cawangan Desa Jaya di dewan ini walhal tujuan mereka adalah ke Bilik Gerakan Jentera UMNO Cawangan Desa Jaya Wawasan di bangunan tabika Kemas.

En. Syawal yang lengkap berbaju Melayu bersedia untuk membuat lawatan ke 'Bilik Gerakan Desa Jaya'.
Siasatan mendapati kekeliruan tersebut berpunca dari jemputan SMS yang dihantar oleh Setiausaha Jentera Pilihanraya Peringkat DUN yang menyatakan lokasinya adalah di 'Bilik Gerakan Desa Jaya' yang mana sepatutnya adalah 'Bilik Gerakan Desa Jaya Wawasan'.
Walaupun alamat Tabika Kemas di Jalan 18 turut diberikan, namun nama 'Bilik Gerakan Desa Jaya' tersebut seperti sudah sebati dengan Dewan UMNO Desa Jaya ini. Setiap kali pilihanraya diadakan, di dewan inilah satu-satunya Bilik Gerakan Desa Jaya yang wujud. Kerana itulah apabila disebut sahaja Bilik Gerakan Desa Jaya, orang akan terfikirkan Dewan UMNO Desa Jaya.
Selain dari Bilik IT, bilik untuk petugas menunaikan solat turut dibersihkan. Pelantar tempat solat dibina menggunakan meja-meja yang dipotong kakinya, kemudian dibentangkan karpet diatasnya.
Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378
02920378


