11 Februari 2008

Angin Perkhabaran Melanda Ketua Puteri

Dalam diam tak diam, khabar-khabar angin berkenaan Ketua Puteri UMNO Cawangan Desa Jaya, Pn. Azlin Fadzlina telahpun tersebar dengan meluasnya sehingga ke peringkat Puteri UMNO Bahagian.

Menurut khabar yang dibawa oleh angin tersebut, Pn. Azlin akan bertukar/'comfirm' bertukar cawangan ke UMNO Cawangan Desa Jaya Wawasan. Di dalam versi lain pula, ada yang mengatakan beliau akan ke UMNO Cawangan Desa Jaya Perdana (yang masih digantung kelulusan penubuhannya sehingga 'post' ini ditulis).

Bagi mendapatkan kebenaran, beliau diajukan dengan persoalan khabar angin tersebut ketika beliau menghadiri mesyuarat Jentera Pilihanraya Daerah Mengundi 107/37/07 yang diadakan semalam (10 Februari 2008).

Pn. Azlin menafikan segala khabar-khabar angin yang tersebar berkenaan pertukaran cawangannya atau pertukaran mana-mana Ketua Puteri UMNO Cawangan dalam Bahagian Subang.

"Saya masih lagi Ketua Puteri UMNO cawangan ini..."

Katanya lagi, khabar angin tersebut mungkin tersebar akibat salah faham yang timbul daripada tindakan pihak Puteri UMNO Bahagian 'meminjamkan' petugas-petugas jenteranya ke cawangan-cawangan yang kekurangan petugas-petugas Puteri.

Diharapkan dengan penafian dari Pn. Azlin tersebut, dapat menghentikan khabar angin yang tidak diketahui dari mana puncanya.

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

Multimedia