'Dry Run'? Larian Kering? Abis kalau 'Wet Caught' tu tangkap basah? Kenapa tidak digunakan sahaja perkataan Bahasa Melayu yang telah sedia ada seperti 'Raptai Pilihanraya' atau 'Pilihanraya Olok-olok'. Asyik memperjuangkan nasib bangsa Melayu sehingga terlupa dengan nasib bahasa Melayu. Kalau bukan bangsa kita sendiri yang mempertahankan Bahasa Melayu, takkan nak harapkan bangsa Red Indian di Amerika.
Jentera Pilihanraya UMNO Cawangan bagi Daerah Mengundi 107/37/07 bersedia seawal jam 7 pagi. Apa-apa hal... kita minum duluuuu...
Berbalik kepada 'Larian Kering' yang telah diadakan pada 5 Januari 2008 di Kg. Sungai Kayu Ara, sememangnya acara tersebut kekeringan pengundi-pengundi kering yang datang untuk mengeringkan undi. Peratusan kekeringan pengundi yang jauh tersasar dari jangkaan, tidak dapat mengeringkan baju-baju Pengarah-pengarah Jentera serta petugas yang berpeluh akibat ditegur secara kering-keringan oleh YB Dato' Ketua Bahagian dan juga Y.Bhg. Dato' Timbalan Ketua Bahagian.Namun itulah tujuan sebenar pilihanraya olok-olok ini diadakan, untuk mengenalpasti kelemahan jentera dan memperbaikinya, bukannya untuk bermegah-megah dengan kekuatan dan pengaruh serta sekadar menjadi 'Juara Kertas'.
Suhaimi Bin Abdul Wahab
Setiausaha


