Malam tahun baru hijrah 1429 kali ini dimulakan dengan mesyuarat tersebut di atas yang diadakan di pejabat baru UMNO Bahagian Subang dan dihadiri oleh empat (4) orang pemuda dari cawangan ini iaitu En. Norhafizan (a.k.a panjang) selaku Ketua Pemuda merangkap AJK Pemuda Bahagian, En. Rosman (a.k.a man sayur) selaku Timbalan Ketua Pemuda, En. Suhaimi selaku Setiausaha dan Sdra. Nazrain selaku AJK Pemuda.
Seperti biasa, waktu rasmi mesyuarat dimulakan pada jam 8.30 malam hanyalah merupakan satu simbolik bilamana realitinya, mesyuarat hanya dapat dimulakan setelah hampir jam 10 malam (waste my time already laa...).
En. Rosman (a.k.a man sayur) selaku Timbalan Ketua Pemuda di hadapan pintu masuk pejabat baru UMNO Bahagian Subang di tingkat 2.
"kita makan dulu..."

Si Apiz menunjukkan kesilapan (typo error - menurut kata Harisson) maklumat peti undi yang dipaparkan sambil si Nazrain sedang khusyuk menikmati juadah yang disediakan.
Turut menjadi mangsa adalah En Rashidi selaku Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan. Entah gambar datuk manalah ditaruknya.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang, Abg. Megat memberikan ucapannya.
Abg. Megat dengan gelombang hitamnya dan Rosman
dengan gelombang merahnya sedang bertukar-tukar pendapat (konon...).
Di akhir mesyuarat, semasa sessi soal dan jawab, apabila kes pemuda-pemuda subang yang sehingga kini masih lagi sedang makan berbuka puasa bersama YB Dato' Ketua Bahagian dalam laman web mereka, mereka hanya tertawa ataupun tersenyum kerana sebab masing-masing. Tidak tahulah sama-ada tindakan akan diambil, sekurang-kurangnya kes itu telahpun dibawa ke dalam perhatian mereka.
Mesyuarat di akhiri dengan Salawat dan Salam ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad s.a.w.
Suhaimi Bin Abdul Wahab
Setiausaha
Setiausaha



