10 Januari 2008

Gerakan Belia 4B Cawangan Desa Jaya

Setelah lebih dari lima (5) tahun mengusahakan penubuhan Gerakan Belia 4B Cawangan Desa Jaya, dari 4B Kawasan Selayang membawa ke 4B Kawasan Subang, setelah ramai dari kalangan sahabat yang turut sama berusaha terpaksa memencenkan diri kerana umur yang terlampau dari yang dibenarkan, akhirnya...

Setiausaha Kerja Gerakan Belia 4B Kawasan Subang, Sdra. Masri.

Menurut Setiausaha Kerja Gerakan Belia 4B Kawasan Subang, Sdra. Masri yang ditemui semasa mesyuarat pemuda bahagian, Gerakan Belia 4B Cawangan Desa Jaya telahpun selamat didaftarkan... oleh pihak lain a.k.a si Arip anak Cikgu Genger. Walaupun merasa agak kaciwa kerana usaha kami selama ini disudahi oleh pihak lain (tak bagitau pun 4b desa jaya dah official...ceh), namun ini bukanlah bermakna kami tidak akan memberikan sokongan sepenuhnya terhadap Gerakan Belia 4B Desa Jaya yang ada. Cuma diharapkan pihak tersebut a.k.a si Arip anak Cikgu Genger sudi untuk mengajak kami bersama dan sama-sama menjayakan gerakan tersebut.

Suhaimi Bin Abdul Wahab
Setiausaha

Multimedia