24 Januari 2008

Al-Faatihah buat ayahanda Megat Firdouz




" Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, 65, meninggal dunia pada pukul 5.25 pagi tadi di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.

Anak Allahyarham, Megat Firdaus memberitahu Utusan Malaysia jenazah bapanya akan dikebumikan selepas sembahyang zuhur hari ini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara " - Utusan Malaysia Online, 24 Januari 2008




Kami, Jawatankuasa UMNO Cawangan Desa Jaya, mewakili semua ahli cawangan, mengucapkan takziah kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang, En. Megat Firdouz sekeluarga, di atas pemergian Ayahanda beliau yang dikasihi. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Semoga Sdra. Megat Firdouz sekeluarga tabah dan sabar menghadapi dugaan yang melanda.

Multimedia