Mungkin itulah jumlah air mata yang terkumpul dari rakyat Selangor yang menangis tak berlagu apabila sekali lagi kerajaan campuran parti pembangkang di Selangor gagal untuk mengotakan janji mereka.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menunjukkan sikap yang amat tidak bertanggungjawab apabila menyalahkan syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) kerana kegagalan mengeluarkan surat arahan kepada Syabas dan turut mendakwa kerajaan negeri tidak terlibat dengan kelewatan itu sedangkan syarikat KDEB adalah sebuah anak syarikat kerajaan negeri. Orang buta pun boleh 'nampak' pembohongan yang cuba diselitkan dalam kenyataan Menteri Besar tersebut.
Jumlah air mata rakyat Selangor terutamanya yang beragama Islam, mungkin akan bertambah dan melimpah ruah apabila pemerintah sebenar kerajaan negeri Selangor iaitu parti DAP melalui exconya memutuskan untuk menghapuskan peraturan pembinaan rumah ibadat bukan Islam.
Dari kelulusan projek mega ladang ternakan babi,pengharaman 'ketidak-izinan' Islam Hadhari di Selangor, jabatan khas untuk agama lain hinggalah kepada kebebasan mendirikan rumah ibadat bukan Islam, semuanya menunjukkan bahawa dasar-dasar tersebut didalangi oleh parti DAP.
Dimanakah dasar-dasar kerajaan negeri campuran yang boleh dilihat sebagai membangunkan dan memakmurkan Islam di negeri ini?
Amat menyedihkan apabila seorang EXCO dari sebuah parti yang menggunakan nama Islam, Datuk Dr. Hasan Ali, sanggup menjadikan dirinya boneka suruhan DAP untuk menjalankan agenda jahat DAP terhadap orang-orang Melayu dan Islam. Asalkan dapat berkuasa, biarlah Islam dan Melayu itu tergadai.
Bukan setakat di Selangor, DAP di Pulau Pinang sudah mula menjalankan agenda mereka untuk meng'singapura'kan pulau mutiara tersebut menerusi pemberian status hak milik tanah yang sedikit demi sedikit akan menghakis orang Melayu di pulau itu kerana mereka tahu orang Melayu tidak akan mampu untuk membayar harga premium tanah tersebut. Lihat apa sudah jadi kepada orang Melayu di Singapura?
Tapi apakan daya, jika parti yang menggunakan nama Islam itu sanggup untuk bersekongkol dengan syaitan supaya dapat berkuasa, apalah sangat parti DAP itu yang hanya terdiri dari manusia biasa dengan agenda busuknya.
Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menunjukkan sikap yang amat tidak bertanggungjawab apabila menyalahkan syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) kerana kegagalan mengeluarkan surat arahan kepada Syabas dan turut mendakwa kerajaan negeri tidak terlibat dengan kelewatan itu sedangkan syarikat KDEB adalah sebuah anak syarikat kerajaan negeri. Orang buta pun boleh 'nampak' pembohongan yang cuba diselitkan dalam kenyataan Menteri Besar tersebut.
Jumlah air mata rakyat Selangor terutamanya yang beragama Islam, mungkin akan bertambah dan melimpah ruah apabila pemerintah sebenar kerajaan negeri Selangor iaitu parti DAP melalui exconya memutuskan untuk menghapuskan peraturan pembinaan rumah ibadat bukan Islam.
Dari kelulusan projek mega ladang ternakan babi,