08 Jun 2008

2 Bencana Alam Besar Melanda Malaysia

Bencana alam yang dimaksudkan bukanlah bencana 'alam semulajadi' tetapi bencana 'alam manusia'.

Bencana tersebut adalah :

Tsunami Politik

Mula melanda negara pada tanggal 8 Mac 2008. Tiada sebarang sistem amaran awal yang berfungsi sebelum tanggal tersebut. Walaupun terdapat beberapa ramalan dari pihak tertentu yang melihat petanda-petanda awal bencana tersebut, tetapi telah diabaikan kerana keyakinan yang terlalu tinggi untuk mengulangi sejarah PRU 11. Kesan yang dibawa oleh gelombang besar tersebut setelah air mulai kembali surut ke laut, melihat ramai karier ahli-ahli politik yang hanyut dan ditenggelami lumpur.

Gempa Ekonomi

Negara sekali lagi dikejutkan dengan bencana yang besar apabila kerajaan mengumumkan kenaikan tertinggi harga minyak petrol dan diesel sebanyak 78 sen dan 1 ringgit yang berkuatkuasa pada 5 Jun 2008. Umpama kejadian gempa bumi terbaru yang melanda Wilayah Sichuan di negara China, beberapa siri gempa susulan akan berlaku yang akan menyaksikan kenaikan harga-harga barangan keperluan serta pengangkutan awam. Kesan dari gempa ini akan menyebabkan berlakunya krisis ekonomi rakyat tempatan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Apakah akan ada lagi bencana besar yang akan melanda negara kita yang bertuah ini? Sejauh manakah rakyat akan dapat bertahan dengan perubahan iklim politik dan ekonomi yang berlaku secara mendadak sejak akhir-akhir ini?

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

Multimedia