02 Jun 2008

Shahidan Meng'Gilo Koso' Lagi...

Dulu Datuk Seri Shahidan kata dalam Utusan Malaysia :

KANGAR 18 Mac – Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim akan menyokong kepimpinan baru dan sedia bekerjasama bagi membangunkan negeri ini.

Katanya, beliau akan mengetepikan soal perasaan dan memberi sokongan sepenuhnya kepada Menteri Besar baru, Datuk Md. Isa Sabu dan berusaha untuk memberi kebaikan kepada masyarakat.

“Tidak ada persoalan mengenai perkara ini (kerjasama dengan Menteri Besar baru) dan saya akan bekerja bersamanya bagi memastikan penduduk Perlis dan negeri semakin maju.

“Kepentingan negeri, parti Barisan Nasional (BN) adalah melebihi emosi kami dan selepas pergolakan yang berlaku di negeri kecil ini kami perlu bekerja sebagai satu pasukan sekarang,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan BN Negeri, Pengkalan Asam, di sini hari ini.

Selepas gagal dalam cubaan gila kuasanya untuk kekal sebagai Menteri Besar Perlis, kini apa jawatan yang masih ada cuba untuk dipertahankan.

Berita Harian - Shahidan enggan lepas jawatan
Oleh Adha Ghazali

Bekas MB mahu terus jadi Pengerusi Umno Perlis

KANGAR: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata tiada sebab untuk beliau melepaskan jawatan itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Malah, Shahidan yang juga Ketua Umno Bahagian Arau, percaya jika beliau melepaskannya sekali pun ia akan diambil alih dua lagi Ketua Umno Bahagian di negeri itu dan bukannya Md Isa.

Dua Ketua Umno Bahagian yang dimaksudkan ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Ahmad Bakri Ali yang juga Ketua Umno Bahagian Kangar dan Datuk Zahidi Zainul Abidin, Ketua Umno Bahagian Padang Besar.

"Sehingga sekarang, saya masih Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri dan saya tidak lihat ada apa masalah dengan itu.

"Jika saya lepaskan jawatan itu pun, hanya Ketua Umno Bahagian yang layak mengambil alih. Jadi, tidak ada sebab mengapa saya mahu letak jawatan," kata bekas Menteri Besar Perlis itu.

Difahamkan, sebelum ini ada gesaan meminta Shahidan melepaskan jawatan itu untuk diambil alih Md Isa bagi melancarkan pentadbiran negeri. Gesaan itu berikutan Shahidan tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.

Shahidan berkata demikian ketika ditanya kemungkinan akan mengikut jejak bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, melepaskan dua jawatan tertinggi parti di negeri itu, iaitu Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), kelmarin.

Shahidan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tambun Tulang berkata, beliau tidak nampak sebarang masalah dengan jawatan yang dipegangnya.

Ada antara ahli Umno di negeri ini mahukan Md Isa menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, selaras dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar bagi melancarkan proses pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun, timbul masalah apabila Md Isa dikatakan tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti di Perlis, sedangkan Shahidan mendakwa hanya Ketua Umno Bahagian layak menyandang jawatan itu.


Tak tahulah betul atau tidak bilamana dia berkata bahawa hanya Ketua UMNO Bahagian sahaja yang layak menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri sebab jika dirujuk dalam Perlembagaan UMNO, hanya Presiden sahaja yang boleh melantik sesiapa sahaja untuk menjadi Pengerusi Badan Perhubungan.

PERLEMBAGAAN UMNO

FASAL 12 PERKARA 12.5 : Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan hendaklah dilantik oleh Presiden yang mereka memegang jawatan masing-masing selama tempoh Majlis Tertinggi tetapi boleh berhenti atau diberhentikan oleh Presiden pada bila-bila masa.

Sudah-sudah laa tu Datuk...

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

Multimedia