06 Jun 2008

1.920 + 0.780 = 2.704?

Kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang berkuatkuasa semalam sememangnya memberikan kejutan kepada sebilangan besar rakyat negara ini.

Rakyat hanya menjangkakan kenaikan tersebut hanya akan berlaku pada bulan Ogos nanti sepertimana yang diwar-warkan dalam media cetak dan elektronik.

Walaupun dalam pengumuman oleh Perdana Menteri menyatakan kenaikan harga petrol adalah 78 sen seliter, kenapa di stesen-stesen minyak, ianya dijual dengan kenaikan 78.4 sen seliter? Adakah Pak Lah menggunakan mekanisma penggenapan supaya kelihatan jimat dan senang kira? Adakah kenaikan 0.04 sen tersebut dilakukan sendiri oleh pengusaha stesen minyak tanpa pengetahuan kerajaan?

0.04 sen mungkin dilihat jumlah yang amat kecil. Tapi jika dikalikan dengan setiap liter yang diisi oleh setiap pengguna dalam setiap kenderaan setiap hari, tidakkah jumlah itu boleh mencecah ribuan malah ratusan ribu setahun?

Dah lah pening kepala ini nanti nak jawab jika anak bertanya kenapa ejaan M A L A Y S I A disebut 'meleisia' atau 'meleishia' sedangkan M+A bukankah bunyinya MA (makan, malam) jadi bagaimana boleh jadi ME (megat, megah)?

Kini satu hal pula nak jawab kenapa 1.920 + 0.780 boleh jadi 2.704. Takkan nak kata kepadanya; " Tak koso abah nak jawab do. Ekau poi lah tanyo sendiri ngan mentori kewangan tu ha. Dah dio jadik mentori mesti dio pandai ngiro."

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

Multimedia