Assalammualaikum kepada warga Cawangan Desa Jaya.
Seperti sedia maklum,sekarang ini musim pemilihan di peringkat Cawangan-cawangan akan bermula pada bulan JULY 2008 ini. Oleh yang demikian ramai ler di kalangan ahli UMNO yang menawarkan diri untuk di peringkat Cawangan hingga lah ke peringkat bahagian. Sebagai ahli UMNO saya memohon kepada mereka-mereka yang ingin bertanding tidak kira di peringkat Cawangan mahu pun di peringkat Bahagian agar menjaga tatasusila dan adab kita sebagai orang melayu.Janganlah menabur duba,fitnah dan menyentuh keperibadian seseorang.Biarlah kita bertanding dengan cara sopan dan menjaga adab kita sebagai ahli UMNO dan orang melayu.Ingatlah kita di bahagian Subang ini bukannya besar mana sangat,pusing - pusing kita pasti akan bertemu juga.
Masih ramai ahli UMNO kita masih tidak percaya dan mentangisi kekalahan BN pada pilihanraya yang lepas.Bagi saya kekalahan kita pada hari ini bukannya kita akan tersungkur selamanya dan kita harus bangun sebagai pejuang setempat dan meperjuangkan nasib anak bangsa kita di Subang.Terlalu lama kita tangisi kekalahan ini dan hari ini kita harus bangun untuk membuktikan kepada akar umbi yang kita ini bukan ler tewas tetapi masih lagi Relevan dalam memperjuangkan kepentingan Melayu.Oleh itu saya memohon dan merayu kepada semua warga UMNO Desa Jaya agar bersama-sama saya untuk bangkit bersama dalam mempertahankan ketuanan melayu di Desa Jaya.
Ramai juga di kalangan ahli UMNO bertanya kepada saya,adakah UMNO Desa Jaya telah lumpuh dan menjadi penentang kerajaan.Ingin saya jelaskan di sini bahawa Pemuda Desa Jaya dan juga UMNO Desa Jaya masih lagi Wujud dan masih lagi Relevan.Kami bukannya penentang kerajaan tetapi saya individu dan tidak membabitkan UMNO Cawangan Desa Jaya mempersoalkan beberapa perkara kepada kerajaan.Bagi saya adakah semua keputusan dan penjelasan Kerajaan kita perlu akur? Malaysia sebagai negara Demokarsi dan saya sebagai rakyat Malaysia yang sah mempunyai hak untuk bertanya dan mempersoalkan tindakan dan penjelasan Kerajaan Malaysia hari ini.Adakah kita mesti akur sahaja dengan keputusan dan penjelasan Kerajaan?Saya bukan pennentang kerajaan cuma saya ingin penjelasan dari kerajaan.BN tewas kerana ahli UMNO terpaksa akur dan terima apa sahaja keputusan kerajaan dan hanya ingin menerima laporan yang baik sahaja.Sekarang kita kena bangkit supaya kita tidak akan tewas lagi.
Ada juga di kalangan ahli UMNO Desa Jaya bertanya kepada saya kemana hala tuju saya selepas ini dan adakah saya ingin meninggalkan Desa Jaya?Untuk pengetahuan semua Pemuda Desa jaya,saya akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda Cawangan dan AJK Pemuda Bahagian.Saya mengharapkan mendapat sokongan dari rakan-rakan.
27 Jun 2008
Multimedia
PAUTAN LAMAN WEB / BLOG UMNO
Kemaskini : 12 Jun 2008
Sekretariat Perhubungan Media PPUM
UMNO Bahagian Selayang, Selangor
UMNO Bahagian Gombak, Selangor
UMNO Bahagian Kuala Kedah, Kedah
Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Selangor
Pemuda UMNO Bahagian Paroi, N. Sembilan
UMNO Cawangan Dataran Bandar Baru Sg. Buloh, Subang
UMNO Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1, Taman Air Biru, Johor
EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Kamarulzaman Kamdias
AJK Pemuda UMNO Bahagian Rembau, Azman Mohd Sah
DUN Tanjung Sepat
Teras UMNO
>> Senarai Penuh
Sekretariat Perhubungan Media PPUM
UMNO Bahagian Selayang, Selangor
UMNO Bahagian Gombak, Selangor
UMNO Bahagian Kuala Kedah, Kedah
Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Selangor
Pemuda UMNO Bahagian Paroi, N. Sembilan
UMNO Cawangan Dataran Bandar Baru Sg. Buloh, Subang
UMNO Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1, Taman Air Biru, Johor
EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Kamarulzaman Kamdias
AJK Pemuda UMNO Bahagian Rembau, Azman Mohd Sah
DUN Tanjung Sepat
Teras UMNO
>> Senarai Penuh


