
Banner yang baru dinaikkan semalam sempena perlawanan bolasepak yang akan diadakan 6 Julai ini di Stadium Shah Alam.
Mungkin disebabkan perlawanan tersebut disifatkan 'antarabangsa' kerana melibatkan pasukan dari negara Singapura dan Malaysia (diwakili oleh Selangor), maka bahasa yang digunakan pada banner tersebut adalah dalam bahasa Inggeris.
Dilihat pada penggunaan rekahias perkataan dan ayat, membezakan 'THE SULTAN OF' dengan 'SELANGOR'S CUP' memberikan makna ayat yang berlainan sama sekali.
Jika disamakan satu ayat tersebut: 'THE SULTAN OF SELANGOR'S CUP' kita dapat melihat dua entiti disitu iaitu [THE SULTAN OF SELANGOR] + [CUP] yang akan membawa makna yang dikehendaki iaitu: Piala Sultan Selangor - bermaksud piala itu milik kepada Sultan Selangor.
Apabila ayat tersebut dibahagikan/dibezakan dengan penggunaan rekahias sebegitu, ia akan menampakkan dua entiti lain yang berbeza : [THE SULTAN OF] + [SELANGOR'S CUP] yang membawa makna : Sultan Piala Selangor - bermaksud piala itu adalah milik Selangor dan pemenang perlawanan tersebut akan menjadi sultan kepada piala tersebut.
Tak habis-habis diorang ni nak mempersendakan dan bersifat kurang ajar (seperti ADUN Bentayan) terhadap institusi raja di negara ini.
Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378


