23 April 2008

Pemangku Ketua Cawangan Selamat Di Bedah


Semalam saya sempat melawat Pemangku Ketua UMNO Cawangan, En. Nasaruddin di Wad 3A, Bilik 301, Hospital Tawakal.

Bila tiba di biliknya, dia tiada di situ kerana pergi minum di Restoran Haslam yang berdekatan, dengan kawan-kawan sekolahnya yang telah terpisah lebih 30 tahun.

Isterinya yang ditinggalkan di situ segera menghubungi En. Nasaruddin memaklumkan kedatangan saya dan isteri.

En. Nasaruddin telah menjalani pembedahan selama hampir 5 jam pada hari Isnin yang lalu bagi membuang sesuatu dari lobang edongnya.

Beliau akan keluar dari wad secara rasminya pada hari ini.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada keluarga dan kenalan yang mendoakannya.

Catatan Berkaitan : Pemangku Ketua Cawangan Akan Di Bedah

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

Multimedia