18 April 2008

Babi Masuk Masjid


Artikel dari akhbar The Sun berkenaan pendedahan oleh MCA tentang skandal babi Selangor. Di sebelah kanannya pula ada artikel berkenaan kes Lingam (Korek 3x).

Apa tujuannya artikel berbaur politik tersebut dipaparkan di papan kenyataan Masjid Al-Faizin Desa Jaya / Taman Ehsan?

Semenjak kerajaan Selangor ditadbir oleh PKR-DAP-PAS, hal-hal politik cuba diserapkan ke dalam institusi masjid, terutama oleh pihak PAS yang selama ini memang mengidam-idamkan untuk menguasai masjid untuk dijadikan markaz propaganda politik mereka disamping menyalurkan wang kutipan derma ahli kariah masjid ke tabung parti mereka.

Di peringkat Masjid Al-Faizin sendiri, perkara tersebut memang telah berlaku, namun atas usaha pihak JAIS memantau masjid tersebut, semua salah-laku pihak terbabit telah dibongkar dan dihentikan. Kini... luka yang lama mungkin akan berdarah kembali.

Ingatlah, masjid bukannya tempat untuk berlumba. Hargailah nyawa anda.

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

Multimedia