15 April 2008

MalaysiaKini - Be fair to me, Teresa Kok BerKoKok Lagi...

Temubual wartawan MalaysiaKini dengan seorang aktivis yang bangga (proud) memperjuangkan hak-hak asasi babi, Teresa Kok.
As both Seputeh parliamentarian and Kinrara state assembly representative, Teresa Kok has had to deflect criticism that she has taken on too many political posts.
Memang kena pun kritikan tu. Dengan jawatan ahli parlimennya, ahli DUNnya, exconya dan kalau boleh dengan jawatan timbalan menteri besar Selangor pun dia nak sapu. Itupun tak termasuk lagi kalau-kalau ada yang menawarkan jawatan Presiden Kelab Menyokong Babi (myKMB.net), pun disapunya jugak.
" My job is to put investors in contact with the business community, to understand their problems, assist them and woo them to put their investments in Selangor. "
Tahu pun apa tugas dia sebagai exco yang sebenarnya. Tapi masih nak menyibuk dengan tugas Yaakob Sapari, exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri. Yaakob belum sempat nak buat kenyataan, Teresa Kok pulak yang berkokok terlebih dahulu mengumumkan (dengan bangganya pulak tu) projek memodenkan babi-babi kampung kat Sepang.
" My business friend said the new government in Selangor can actually help the business sector cut costs - in the past they had to pay people at so many layers and after paying they still don’t get things done. "
Esok siapa-siapa yang ada masa tu tolong buat laporan kat balai polis dengan BPR tentang kes Ahli Parlimen Seputeh merangkap ADUN dsb. dan rakan perniagaannya yang telah membuat pengakuan secara bertulis bahawa mereka telah memberikan rasuah kepada pelbagai peringkat pentadbiran Selangor untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan.

Jika dia maksudkan 'business friend' tu adalah rakannya yang merupakan seorang peniaga, laporkan juga kepada polis dan BPR bahawa Ahli Parlimen Seputeh tersebut bersubahat dalam jenayah rasuah kerana tidak melaporkan perbuatan korupsi rakannya itu. Transparent konon!
" I hire three staff-members. It costs me RM10,000 per month. My rental is RM1,000 plus, telephone bill RM1,000 plus, electricity comes up to RM600-700, and my three staff are paid RM2,000 plus. "
Sepuluh riban sebulan? Waa...itu bisnis babi manyak untung ka taukeh?
What are your views about PAS deputy spiritual leader Dr Haron Din’s statement that PAS will amend the constitution and turn Malaysia into an Islamic state if it has control of the federal government?

" (Sighs) This is something that really makes us worried. "
Kenapa nak risau pulak, kalau babi pun PAS boleh kasi lepas (siap sokong lagi), kilang arak terbesar pun PAS tak kata apa dah, apalah sangat negara Islam acuan PAS tu. Negara je pun yang Islam, masa tu nanti, rakyatnya kan dah tak ada kaum, tak ada agama - semuanya Bangsa Malaysia. Bebas nak makan hasil babi ke, nak minum arak ke, nak tukar-tukar agama macam tukar baju pun boleh.
" I believe that many Malays don’t want Malaysia to be an Islamic state, we have to recognise this fact first. "
Kalau setakat bertanya kepada ahli-ahli DAP berketurunan Melayu yang seciput tu, atau Melayu yang dah murtad, memanglah diorang tak nak negara Islam tu. Ada tanya orang-orang Melayu UMNO/PAS/PKR dan NGO-NGO Melayu/Islam yang lain? Ada buat 'survey'? Lagi mahu suruh 'recognise' fakta konon. Sedangkan itu hanya andaian sempit Teresa Kok semata-mata.

Klik sini untuk temubual penuh : Be fair to me

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

Multimedia