08 April 2008

Rakyat Selangor Di Pinggir Lagi

The Star - China village plan to lure investors
Monday April 7, 2008

KLANG: In a bid to lure more investments from China to Selangor, the state government is planning to build a China village that will provide an investor-friendly working environment.

The China village would have basic facilities and infrastructure such as a college or university set up by the education centre from China, an international school and housing areas.

State Investment, Industry and Commerce Committee chairman Teresa Kok said the plans for the village were in the preliminary stages.

“We want to continue to attract more investors, especially from China, into the state which has international standard industrial zones such as Pulau Indah and the Science Park to cater to them,” she said after meeting members of the Chinese Chambers of Commerce and Industry from Klang, Kuala Lumpur and Selangor here yesterday.

Also present at the function were Sungai Pinang state assemblyman Teng Chang Khim and state Local Government, Research and Development Committee chairman Ronnie Liu.

Improving the investment environment for investors was crucial as Malaysia was competing with other South-East Asian countries like Thailand and Cambodia that were also very attractive to investors, she added.

Setelah harta rakyat Selangor dileburkan sebanyak RM100 juta untuk membina kediaman moden babi, kini wang ringgit dan tanah di Selangor hendak dileburkan pula untuk pekerja-pekerja asing dari negara China.

Siap dengan perumahan dan universiti, boleh dibayangkan puluhan ribu pekerja asing dari China menduduki negeri Selangor. Tidak cukupkah dengan masalah kebajiran pendatang asing dari negara lain di Selangor ini?

Rupa-rupanya itulah tujuan ladang babi tersebut dibina, iaitu untuk menampung bekalan daging babi segar bagi puluhan ribu penduduk perkampungan tersebut.

Entah berapa pula kos yang terpaksa dikeluarkan untuk membina perkampungan China tersebut. Ratusan juta sudah pasti.

Inilah kerajaan negeri pilihan Suara Rakyat 'Makan Satey'. Mengutamakan babi dan warganegara luar daripada rakyatnya sendiri. Mereka berjanji dalam manifesto mereka untuk membolehkan rakyat Selangor memiliki kediaman sendiri, tapi yang mereka buat, mereka menyediakan perumahan siap dengan kolej dan universiti untuk rakyat asing.

Memang sesuai dengan pepatah 'menang sorak, kampung tergadai'. Maka dalam konteks rakyat Selangor : Menang Pakatan Rakyat, Selangor Tergadai!.

Post Berkaitan : Ternakan Babi di Selangor

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378


Tambahan (2:41pm) :

Rakyat terpaksa merayu dan menagih simpati dan janji dari kerajaan Selangor pimpinan Teresa Kok Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mendapatkan tanah dan rumah sendiri, sedangkan dengan mudah sahaja peruntukan tanah serta pelbagai kemudahan moden diberikan kepada babi dan warganegara asing.

MalaysiaKini - Setinggan: Menunggu janji MB S'gor
Apr 7, 08 8:55pm

Sebuah badan pejuang nasib setinggan masih menunggu janji menteri besar Selangor untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan pelbagai masalah.

Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas) menuntut janji Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dibuat setiausaha politiknya Nik Nazmi Nik Ahmad dua minggu lalu.

Presiden Permas, Tan Jo Hann, berkata persatuan itu telah menyediakan kertas cadangan bagi memudahkan kerjasama kumpulan NGO dengan kerajaan bagi menangani masalah peneroka bandar dan golongan miskin kota di negeri itu.

"Bersandarkan pengalami selama 20 tahun menangani masalah perumahan untuk golongan miskin bandar, Permas sedia membangkitkan pencabulan nyata hak-hak asasi dan ketidakadilan ketara angkara pemaju-pemaju tamak yang mendapat kerjasama pegawai-pegawai pihak berkuasa tempatan, dan malah wakil-wakil DUN dan ahli parlimen," katanya.

Permas juga mengalu-alukan jaminan pemimpin kanan PKR Azmin Ali, yang juga wakil rakyat Bukit Antarbangsa, bahawa Selangor - yang kini dipimpin parti itu bersama DAP dan PAS - bersedia memberikan hak milik tanah kepada peneroka bandar yang memajukan tanah kerajaan.

Tan juga menyokong pendirian kerajaan negeri bahawa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) harus menyerahkan hak milik rumah pangsa melalui perjanjian jual beli selepas tinggal selama beberapa dekad.

Multimedia