Kak Sidah telahpun selamat keluar dari Hospital Selayang pada hari Isnin kelmarin selepas beliau dimasukkan ke wad pada hari Rabu yang lalu kerana mengalami kepatahan tulang ketika sedang menjalankan aktiviti riadhah yang dianjurkan oleh Persatuan Kecergasan di Dewan UMNO Taman Ehsan Timur.
Suaminya, En. Hassan Bin Zainuddin ketika dihubungi menyatakan ucapan terima kasihnya kepada pihak hospital yang telah memberikan layanan baik sepanjang isterinya bermukim di sana.
" Kerajaan sekarang masih relevan dengan khidmat kesihatan yang memuaskan. Kak Sidah cuma dikenakan bil hospital sebanyak Rm 200 untuk pembedahan dan penginapan 5 hari termasuk 4 kali makan sehari dan untuk spare part '1/3 tubular plate' the charges are RM 170 dan dibayar menggunakan wang pos. "" Adalah dikira bayaran yang dibuat agak mampu bagi yang berpendapatan sederhana tapi bagi mereka yang susah, bagaimana agaknya... " kata beliau.
En. Hassan turut melahirkan rasa kesal terhadap Persatuan Kecergasan yang dimaklumkan adalah sebuah persatuan berdaftar, kerana tidak mengambil langkah yang sepatutnya iaitu mengambil insuran kelompok untuk ahli-ahlinya memandangkan aktiviti-aktiviti persatuan tersebut bersifat lasak dan fizikal.
Harapan beliau, kemalangan yang berlaku terhadap isterinya itu dapat dijadikan pengajaran kepada persatuan terbabit supaya tidak mengabaikan kebajikan dan keselamatan ahli-ahlinya selepas ini.
Post Berkaitan :
Kak Sidah Selamat Di Bedah
Kak Sidah Patah Tulang
Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378


