MSOMelayu - Shahidan Kassim Nak Tanding Naib Presiden Umno
BEKAS Menteri Perlis Shahidan Kassim (foto) membayangkan akan menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan Naib Presiden Umno pada Disember hadapan.
Katanya beliau juga layak dan sesuai untuk memegang jawatan itu kerana kini tidak lagi sibuk dengan tugas-tugas sebagai menteri besar. (Baca Lagi...)
Pertamanya, agak pelik juga bilamana laporan berita seperti di atas tidak dijumpai di mana-mana penerbitan akhbar utama dalam talian. Sumbernya hanya diperolehi dari blog MSOMelayu yang dikendalikan oleh Mohd Sayuti Omar.Keduanya, jika benar bahawa Datok Seri Shahidan Kassim berniat untuk menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, maka baik beliau lupakanlah hasratnya itu.
Dengan erti kata lain, hanya orang yang teramat tak tahu malu dan gilakan kuasa sahaja yang mampu untuk menawarkan diri sedemikian.
Post Berkaitan : Lagi Pemimpin Gila Kuasa III
SAY NO TO SHAHIDAN!
Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378


