11 April 2008

Lepaque @ Port Dickson '08

Pelawaan adalah dibuka kepada semua ahli-ahli UMNO dan Petugas-petugas Jentera Pilihanraya UMNO Cawangan Desa Jaya untuk Memergi, Melepak, Memakan, Memandi Laut, Menyantai, Memesrakan Diri dan Memulang ke Rumah Masing-masing bagi program Lepaque @ Port Dickson '08.

Butiran program adalah seperti berikut :

Tarikh :
03 & 04 Mei 2008 (Sabtu dan Ahad)

Masa :
Check-in - 03:00 pm (Sabtu) / Check-Out - 12:00 pm (Ahad)

Tempat :
Pusat Latihan NUBE, Port Dickson

Aktiviti :
Bebas

Sila kunjungi laman web : NUBE Training Centre untuk mengetahui kadar bayaran bilik dan kemudahan yang disediakan.

Segala perbelanjaan tempat penginapan, kenderaan, tol, makan minum, lampin dan susu anak adalah dibawah tanggungan sendiri.

Bagi yang berminat untuk menyertai program ini, anda tidak boleh mendapatkan borang penyertaan kerana ianya tidak disediakan.

Walaubagaimanapun, anda boleh menghubungi makhluk-makhluk berikut untuk mengesahkan penyertaan sebelum 26 April 2008 :

Nasaruddin ( 013 - 342 4678 )

Suhaimi ( 012 - 693 5943 )

Nota :
UMNO Cawangan Taman Ehsan Timur telah merancang untuk mengadakan rombongan ke Port Dickson pada tarikh yang sama cuma masih belum ditentukan tempat penginapan mereka.

Cadangan telah diusulkan kepada pihak mereka untuk menggunakan tempat yang sama supaya talian silaturrahim antara dua cawangan dapat lebih dieratkan.

Sebarang bantahan terhadap cadangan ini tidak akan dilayan sekiranya disertakan dengan sepanduk/poster babi tunggangan exco.

Harap Maklum.

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

Multimedia