Berita Harian - Kerajaan negeri Pakatan Rakyat mahu slot daripada RTM
IPOH, 15 April: Lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat melalui pilihan raya umum lalu, mahu media massa terutama media elektronik bersikap adil dan memberi ruang untuk menghebahkan aktiviti negeri walaupun mereka masih parti pembangkang di peringkat Persekutuan.
Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin mahu Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) memberikan slot program untuk menghebahkan dasar dan polisi baru yang digariskan oleh kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. (Baca Lagi...)
Macam dah ada pakatan antara kerajaan negeri 5 bersaudara ni berkenaan impian mereka untuk ke udara melalui radio dan televisyen Malaysia.
Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor mendahului misi pakatan mereka dengan menghalau stesen radio Selangor.FM keluar dari bangunan kerajaan negeri kerana permohonannya untuk ke udara selama sejam tidak dilayan.
Kemudian Datuk Husam Musa pula mendedahkan rancangan pakatan mereka untuk membuka stesen radio dan televisyen mereka sendiri.
Termasuk juga dalam rancangan mereka, menuntut RTM memberikan slot buat mereka menyiarkan propaganda mereka sendiri, sepertimana yang dinyatakan oleh Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin.
Boleh dibayangkan sekiranya pakatan ini yang memerintah Malaysia, semua kakitangan dan pegawai Radio dan Televisyen Malaysia dihalau dari bangunan Angkasapuri kerana tidak melayan permintaan mereka. Mereka juga akan mengesyorkan RTM menukar namanya ke RTBM - Radio dan Televisyen Bukan Malaysia.
Kerajaan pakatan parti pembangkang yang baru sebulan jagung, dah pandai meminta nak itu dan nak ini. Bila tak dapat, mereka buat perangai samseng halau keluar kakitangan kerajaan yang tak bersalah.
Permintaan rakyat supaya mereka menunaikan janji manifesto mereka, itupun mereka tak berapa nak layan kerana sibuk melayan babi-babi yang inginkan kediaman moden. Kini pakatan parti pembangkang ini pula yang sibuk nak buat permintaan mereka sendiri.

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378