Berita Harian - Kata dua kepada Selangor.Fm bukti Khaled kemaruk kuasa
NILAI: Radio Selangor.Fm kendalian Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang diberikan kata dua oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid sama ada memberikan slot satu jam seminggu kepada kerajaan negeri atau dihalau dari pusat pentadbiran kerajaan negeri di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam akan berpindah secepat mungkin.
Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata kementerian itu tidak akan tunduk dengan ancaman seperti itu. (Baca Lagi...)

Inilah jadinya apabila Tan Sri Khalid Ibrahim, 'bekas' ahli korporat, memerintah Selangor seakan-akan Selangor ini sebuah syarikat korporat. Mana-mana staff syarikat yang engkar dengan arahan syarikat, akan dibuang kerja.
Tan Sri ingat rakyat Selangor ni macam staff syarikat Tan Sri dulu ke? Kalau staff syarikat, bolehlah Tan Sri ugut tarik elaun ke, potong gaji ke ataupun dibuang kerja terus. Staff syarikat pun takkanlah nak melawan cakap boss.
Tapi kini Tan Sri Khalid Ibrahim berdepan dengan rakyat selangor yang berbilang kaum, agama dan fahaman. Tan Sri tidak boleh membawa perangai ke'boss'an dia semasa menjadi ahli korporat dahulu.
Takkanlah dia nak pecat rakyat Selangor yang tak bersetuju dengannya macam dia pecat staff dalam syarikatnya? Nak pecat macamana rakyat Selangor tu, buang negeri?
Baru 2 minggu lebih mohon nak ke udara, bila tak dapat respon, terus nak halau?
Mohon tu main cakap mulut sahaja kah atau bertulis? Mohon tu dengan Jabatan Penerangan ke atau ke Kementerian Penerangan terus? Kalau mohon dengan pengendali stesen radio tu, memang laa lambat nak dapat jawapan. Pengendali tu nak kena bawa permohonan tu dalam mesyuarat stesen dia. Lepas tu nak dipanjangkan pula ke Jabatan Penerangan. Nak kena tunggu Jabatan Penerangan buat mesyuarat lagi. Bila Jabatan Penerangan dah buat mesyuarat, dipanjangkan pula ke Kementerian Penerangan pula. Nak tunggu Kementerian Penerangan buat mesyuarat pula untuk bincangkan permohonan dia. Ingat boleh setel ke dalam masa dua minggu tu?Berurusan dengan syarikat dan berurusan dengan kerajaan memang jauh perbezaannya. Tan Sri Khalid sendiri harus sedar dan bersabar. Tan Sri sekarang bukan lagi seorang 'Boss' tapi adalah 'kuli' kepada rakyat.
Bukan setakat 'kuli' kepada rakyat, tapi Tan Sri perlu jadi kuli yang tak lupa pada rakyat atau membelakangkan rakyat bila membuat keputusan dalam mesyuarat exco.
Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378


