13 April 2008

Menziarahi Ketua Pemuda


Petang semalam, sempat menziarahi si Apiz di rumahnya di Taman Desa Bukit Indah, Sg. Buloh.

Mula-mula ingat mesti kawan tu tengah terlantar atas katil tak dapat nak bangun. Tapi ternyata sangkaanku meleset sama sekali. Si Apiz yang baru lepas mandi ketika itu, turun dari tangga dengan lenggang lenggok gemalainya.

Dia kata baru petang tu aje dia dah boleh bangun dan berjalan. Sebelum ni memang dia tak dapat nak bangun langsung.

Menceritakan pengalamannya ketika di Kuala Terengganu, dia tiba di sana pada hari Isnin. Malamnya tu dia mula rasa sakit di bahagian belakangnya.

Sepanjang hari Selasa di sana pula memang satu kenangan manis buat Apiz. Dia yang menginap di sebuah resort di sana menceritakan bagaimana dia terpaksa berguling-guling dari katil macam dalam filem hindustan tu semata-mata untuk menutup televisyen. Memang tak boleh nak bangun langsung mahupun duduk.

Apabila perut dah terasa lapar, kena pula keluar ke restoran yang kebetulan tidak jauh dari biliknya. Dia terpaksa berpaut dari tiang elektrik ke tiang elektrik sehinggalah sampai ke restoran tersebut.

Apabila hendak makan, dia tak dapat duduk dengan betul seperti biasa. Pelanggan lain yang ada di restoran tersebut memandangnya seolah-olah dia ni macam penagih dadah tak betul semacam je.

Memandu dari Kuala Terengganu hingga ke Kuala Lumpur dalam keadaannya macam tu memang amat memeritkan. Apatah lagi ketika hendak keluar dari Kuala Terengganu menuju ke lebuhraya dengan lampu trafiknya yang banyak. Dia terpaksa mengikut dari jauh kenderaan dihadapannya supaya dia tidak perlu kerap berhenti, menukar gear dan sebagainya.

Dengan kelajuan hanya 70 - 80km sejam di lebuhraya, akhirnya dia selamat tiba di rumah ibunya di Kuala Lumpur.

Dia dibawa ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Namun, mungkin klinik tersebut kekurangan peralatan x-ray dan sebagainya, hanya menawarkan ubat atau suntikan bagi menghilangkan kesakitan yang dialaminya.

Balik ke rumah, ubat yang diberikan klinik tersebut langsung tidak berkesan.

Menurut si Apiz ni lagi, doktor kat Hospital Sg. Buloh kata, dia punya 'disc' tulang belakang dia dah patah. Jadi bila benda tu dah patah, benda tu menolak organ dan urat saraf yang lain sehingga menjadi bengkak.

Lepas ni dia kena jumpa dengan doktor pakar bagi menentukan jenis rawatan yang akan diterimanya.

Setelah berbual-bual sedikit sebanyak perihal senario politik tempatan semasa yang meriah apatah lagi dengan pemilihan UMNO tak lama lagi, saya pun membalikkan diri ke rumah.

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

Multimedia