01 April 2008

Sistem Kuota Pencalonan Ahli

Berita Harian : UMNO Teliti Pandangan Ahli

KUALA LUMPUR: Umno sedang meneliti semua pandangan ahlinya berhubung cadangan menghapuskan sistem kuota pencalonan untuk bertanding pelbagai jawatan dalam parti, termasuk Presiden dan Timbalan Presiden, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata ketika ini wujud perbezaan pendapat berhubung pelaksanaan sistem itu sama ada ia perlu diteruskan atau dimansuhkan.

"Biar kita meneliti dulu kesan daripada sistem yang kita guna pakai sekarang dan pendapat ahli sama ada kita perlu membuat kajian semula dan sebagainya.

"Bagaimanapun, keputusan terakhir akan dibuat oleh Majlis Tertinggi Umno," katanya pada sidang media selepas melancarkan prospektus Dayang Enterprise Holdings Berhad di sini, semalam.

Ditanya sama ada Umno akan mengkaji semula sistem itu, Najib menjelaskan: "Saya tidak kata ia sedang dikaji semula. Saya hanya menyatakan kami perlu mendengar pendapat semua ahli.

"Tidak ada komitmen untuk menghapuskan sistem itu. Kami perlu mendengar pandangan ahli parti. Kita perlu menghormati ahli parti untuk menyuarakan pandangan dan kemudian kita akan putuskan apa yang terbaik bagi kepentingan parti."



Ceraian dari Perlembagaan UMNO :

FASAL 9 - MAJLIS TERTINGGI

Fasal 9.5 - Calon-calon yang bertanding untuk memegang jawatan Majlis Tertinggi hendaklah dinamakan oleh sekurang-kurangnya:
a) Presiden - 30%
b) Timbalan Presiden - 20%
c) Naib Presiden - 10%
d) Ahli-ahli Majlis Tertinggi - 5%
daripada jumlah bahagian yang sah mengikut Fasal 14.5.4


FASAL 15 - JAWATANKUASA BAHAGIAN

Fasal 15.5 - Calon-calon yang bertanding untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa Bahagian hendaklah dinamakan oleh sekurang-kurangnya:
a) Ketua - 20%
b) Timbalan Ketua - 15%
c) Naib - 10%
d) Ahli Jawatankuasa - 2 Cawangan
daripada jumlah Cawangan yang sah dalam Bahagian mengikut Fasal 17.5.7 kecuali apabila mana-mana Bahagian di mana Cawangannya melebihi 150 Cawangan mencukupilah seorang calon itu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 30 Cawangan bagi Ketua dan 20 Cawangan bagi Timbalan Ketua 10 Cawangan bagi Naib Ketua



Apa pendapat Ahli-ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Desa Jaya?

Perlu dihapuskan : 2/20

Perlu dikekalkan : 5/20

Turunkan Peratusan Kuota : 1/20

Terpulang pada MT : 1/20

Malas nak layan : 1/20

Belum ada pendapat : 10/20 (akan dimaklumkan)

Jumlah : 20/20

Multimedia