21 Mac 2008

Siapa Sindir Siapa?

Posting di laman blog No2umnO dengan tajuk "Raja Nazrin Sindir Dollah Badawi"

Macamanalah agaknya moderator laman blog tersebut dapat mengetahui isi hati Raja Nazrin... Adakah dia saudara kembar kepada Raja Nazrin yang mempunyai kuasa telepati dengan baginda tuanku sehingga tahu apa yang difikirkan oleh baginda tuanku ketika menyampaikan titahnya?

Untuk menyatakan bahawa baginda tuanku menyindir seseorang sedangkan titahnya ditujukan untuk semua pemimpin adalah satu perbuatan yang kurang sopan. Atau mungkin moderator tersebut yang terlebih rasa, bak kata pepatah.. siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya.

Jika benarpun titahnya ditujukan kepada Y.A.B Perdana Menteri, perkataan yang lebih sesuai adalah 'menasihati'. Apa yang dititahkan oleh baginda tuanku sebenarnya perlu diterima oleh semua peringkat pemimpin dari semua parti untuk dijadikan teladan dalam kepemimpinan.

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

Multimedia