Perkhabaran yang disampaikan oleh seorang ahli wanita prihatin sebentar tadi; Ketua UMNO Cawangan Taman Ehsan, Pak Ya, telah menerima surat dari Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, mengarahkan Dewan UMNO Taman Ehsan diserahkan kepada PKR.
Dikhabarkan juga, pihak PKR telah merancang untuk mengadakan perasmian pengambil-alihan dewan tersebut oleh ADUN Bukit Lanjan, Cik Elizabeth Wong pada hari ini tetapi ditangguhkah ke minggu hadapan atas sebab yang tidak diketahui.
Dikhabarkan juga lagi bahawa pihak PKR turut menjemput Ketua UMNO Cawangan Taman Ehsan Timur bagi menghadiri majlis perasmian tersebut disamping membuat tawaran kepada Ketua Wanita UMNO Cawangan berkenaan untuk menyertai PKR memandangkan beliau antara individu yang berpengaruh dikalangan para wanita Taman Ehsan.
Dari tinjauan rambang oleh seorang rakan yang lalu di hadapan dewan berkenaan sebentar tadi mendapati bendera Selangor dan UMNO masih lagi berkibar di kawasan dewan itu.
Ketua-ketua UMNO yang disebutkan di atas tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan khabar ini kerana ketiadaan nombor telefon mereka.
Dari satu sumber lain pula menyatakan bahawa pihak PKR akan mengambil alih pentadbiran Kemas pula selepas ini.
Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378
Kemaskini (10.22 mlm) :

- Ketua UMNO Cawangan Taman Ehsan yang telah dapat dihubungi, telah menafikan perkhabaran pengambil-alihan dewan yang dinyatakan.
- Memang ada usaha oleh pihak PKR untuk menarik ahli-ahli UMNO di Taman Ehsan menyertai parti mereka.
- Acara perasmian yang dikhabarkan berkemungkinan adalah merasmikan pejabat baru PKR berhampiran bulatan Taman Ehsan. Khabar ini tidak dapat disahkan. (p.s : tak jemput kitorang sekali ke? Kami sebagai rakyat Bukit Lanjan ni nak gak berkenalan dengan YB baru.)