21 Mac 2008

Lagi Pemimpin Gila Kuasa II

Utusan Malaysia - Ku Li sedia cabar PM ‘rawat’ UMNO
19/03/2008
11:05pm

KOTA BHARU 19 Mac – Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini secara terbuka menyatakan kesediaan menerajui dan merawat UMNO bagi memastikan parti itu tidak hilang kekuasaan dan Melayu terus dibela.

Katanya, terserah kepada seluruh ahli UMNO untuk membuat pertimbangan dan beliau akan memikul tanggungjawab berat itu sekiranya diberi kepercayaan kelak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang menegaskan, perubahan drastik perlu dilakukan bagi memastikan UMNO selaku parti terbesar terus bernafas dan tidak ditolak rakyat.


Aih, belum masuk musim pemilihan UMNO dah start berkempen dah Tengku? Saki baki musim pilihan raya pun tak abis lagi, dah mula nak mengempenkan diri. Bawak bawak laa berehat, layan cucu ke apa yang patut. Tiba masa pemilihan UMNO nanti, kita nantikanlah apa keputusannya...

Letih aa nak layan

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

Kemaskini :

Ketua Pemuda UMNO Malaysia pun malas nak layan Tengku.
"Great minds think alike" ...chewah :8)

Utusan Malaysia - Hasrat Tengku Razaleigh cabar Presiden UMNO tidak sesuai - Hishammuddin
21/03/2008 7:44pm

PUTRAJAYA 21 Mac – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan kesediaan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mencabar Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pemilihan parti akan datang, sebagai tidak sesuai.

Sambil melahirkan rasa tidak setujunya terhadap hasrat Tengku Razaleigh itu, beliau berkata, semua pihak telah menyatakan sokongan penuh kepada pucuk pimpinan bagi merapatkan barisan dan menaikkan semula parti serta memberi semangat kepada ahli-ahli.

“Masanya tidak kondusif kepada apa yang dilakukan. Ini akan menimbulkan tanda tanya sama ada hasratnya itu ikhlas atau tidak, atau ingin mengambil kesempatan dalam suasana sekarang ini untuk menangguk di air yang keruh,” katanya kepada pemberita di Kementerian Pelajaran selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet kementerian yang pertama selepas pengumuman barisan Kabinet yang baru oleh Abdullah pada Selasa lepas.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Tengku Razaleigh untuk bertanding bagi jawatan Presiden UMNO pada persidangan agung parti akan datang, dengan alasan untuk “merawat” parti itu ekoran prestasi kurang baik UMNO dalam pilihan raya 8 Mac lepas.

Mengenai deklarasi 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menubuhkan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) bagi menyatukan orang Melayu, Hishammuddin berkata, apa jua usaha yang boleh menyatupadukan, demi kebaikan, dan niatnya ikhlas dan jujur, beliau akan menyokongnya.

— BERNAMA

Multimedia