Inilah akibatnya jika terlalu banyak membaca khabar-khabar angin/fitnah/gossip dalam internet setiap hari. Lama kelamaan hilang pertimbangan dan otak tidak dapat berfungsi dengan betul kerana asyik disogokkan dengan berita-berita sampah oleh puak anti-BN.
Merujuk kepada senarai Menteri Besar yang diterbitkan oleh pihak Utusan Malaysia Online, jika moderator blog tersebut berhenti sejenak untuk berehat dari membaca khabar-khabar angin yang turut membawa sampah sarap tersebut, beliau akan dapati bahawa nama dan gambar Menteri Besar itu hanya akan dimasukkan sebaik sahaja Menteri Besar yang berkenaan selesai menjalani upacara mengangkat sumpah di hadapan Sultan / Raja / Ketua Menteri.
Memandangkan Menteri Besar Terengganu belum lagi mengangkat sumpah sehingga posting ini disiarkan, maka sebab itulah nama dan gambarnya belum tertera di dalam senarai tersebut.
Maka dengan itu, ini bukanlah kegagalan pihak Utusan Malaysia Online untuk menyiarkan gambar Menteri Besar terbabit, tetapi kegagalan moderator blog tersebut untuk memberikan perhatian sewajarnya memandangkan perhatiannya lebih tertumpu kepada menyiarkan dakyah-dakyah serta khabar-khabar angin yang berlandaskan emosi dan cakap-cakap kosong semata-semata.
Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378