19 Mac 2008

Semoga Cepat Sembuh

En. Nasaruddin Bin Ahmad, Pemangku Ketua UMNO Cawangan Desa Jaya telah dimasukkan ke wad 302, Hospital Tawakkal. Tidak diketahui bila beliau dimasukkan ke dalam wad kerana beliau enggan mendedahkannya. Kemudian apabila ditanya sebab kemasukkannya itu, secara berseloroh barangkali, beliau menyatakan "banyak sangat berkempen he he". Beliau dijangkakan akan keluar petang ini.

Sementara itu, seorang ahli jawatankuasa Puteri UMNO Cawangan Desa Jaya, Pn. Zuliekha Binti Zakaria turut dimasukkan ke dalam wad di Hospital Perkhidmatan Damai, Taman Melawati sejak hari Isnin lepas. Beliau yang sedang hamil 5 bulan, dipercayai mengalami penyakit 'dayaria' iaitu muntah-muntah dan cirit-birit yang juga dipercayai berpunca dari keracunan makanan. Walaubagaimanapun, kandungan beliau dilaporkan sihat. Beliau juga dijangka akan keluar pada petang ini.

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

Multimedia