Pilihanraya semakin hampir. Semua jentera pilihanraya bertungkus lumus siang dan malam menyiapkan poster dan memantapkan jentera pilihanraya. Tidak kurang juga saat kita ghairah untuk berjuang demi Parti, timbul berbagai isu dan masalah dalaman di dalam Cawangan.
Saya selaku Ketua Pemuda UMNO Cawangan Desa Jaya memohon kepada semua jentera pilihanraya cawangan supaya mengenepikan segala isu-isu remeh temeh dahulu demi memantapkan jentera pilihanraya Cawangan.
Pada masa ini tidak ada masa lagi untuk kita nak merajuk dan kecil hati. Sekarang masa untuk berperang. Jika di tegur atau dimarahi, terima saja teguran itu dengan minda yang terbuka. Jangan simpan di dalam hati.
Saya sendiri selalu dimarahi dan ditegur dari pihak atasan, namun saya terima dengan hati yang terbuka. Saya cuba membuat yang terbaik dan tidak menyebelahi sesiapa walaupun abang saya sendiri. Bila kita dalam perjuangan dan dalam keadaan perang ketika ini, kita semua sama dan kita pasti akan melakukan kesilapan dan kesalahan.
Saya mohon kepada semua jentera Desa Jaya supaya jangan menimbulkan isu-isu panas dan peribadi di dalam dewan. Bersikap profesional dan bekerjalah untuk Parti dan bukan bekerja untuk saya. Ingatlah PERJUANGAN kita belum selesai dan kita adalah PEWARIS PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI.
Jangan ler kita menjadi Talam dua Muka kerana jatuhnya Melayu itu adalah dari bangsanya sendiri.
Saya tahu ada yang mengata saya dari belakang namun apabila dihadapan saya, pijak semut pun tak mati... Sepatutnya anda memperkuatkan Kubu dan cawangan kita bukan untuk memecah belahkan ahli.
Jika ada masalah terus berjumpa dengan saya dan bertanya kepada saya dan tidak perlu bercakap atau mengumpat dari belakang. Fokuskan pilihanraya ini pada 8hb March 2008. Tidak lama lagi.
Saya selaku Ketua Pemuda UMNO Cawangan Desa Jaya memohon kepada semua jentera pilihanraya cawangan supaya mengenepikan segala isu-isu remeh temeh dahulu demi memantapkan jentera pilihanraya Cawangan.Pada masa ini tidak ada masa lagi untuk kita nak merajuk dan kecil hati. Sekarang masa untuk berperang. Jika di tegur atau dimarahi, terima saja teguran itu dengan minda yang terbuka. Jangan simpan di dalam hati.
Saya sendiri selalu dimarahi dan ditegur dari pihak atasan, namun saya terima dengan hati yang terbuka. Saya cuba membuat yang terbaik dan tidak menyebelahi sesiapa walaupun abang saya sendiri. Bila kita dalam perjuangan dan dalam keadaan perang ketika ini, kita semua sama dan kita pasti akan melakukan kesilapan dan kesalahan.
Saya mohon kepada semua jentera Desa Jaya supaya jangan menimbulkan isu-isu panas dan peribadi di dalam dewan. Bersikap profesional dan bekerjalah untuk Parti dan bukan bekerja untuk saya. Ingatlah PERJUANGAN kita belum selesai dan kita adalah PEWARIS PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI.
Jangan ler kita menjadi Talam dua Muka kerana jatuhnya Melayu itu adalah dari bangsanya sendiri.
Saya tahu ada yang mengata saya dari belakang namun apabila dihadapan saya, pijak semut pun tak mati... Sepatutnya anda memperkuatkan Kubu dan cawangan kita bukan untuk memecah belahkan ahli.Jika ada masalah terus berjumpa dengan saya dan bertanya kepada saya dan tidak perlu bercakap atau mengumpat dari belakang. Fokuskan pilihanraya ini pada 8hb March 2008. Tidak lama lagi.
Mengenai isu bajet Jentera, saya akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkannya untuk rakan-rakan. Saya mendapat banyak cerita; ada menyatakan saya menyeleweng wang peruntukan Pemuda.
Demi Allah, saya tidak pernah menyelewang wang pilihanraya pemuda cawangan malah wang peruntukan untuk Ketua Pemuda saya serahkan kepada pemuda.
Ada juga cerita menyatakan Saudara Megat Firdaus ( Ketua Pemuda Bahagian ) menyeleweng wang dan agihkan kepada Pemuda Bahagian.
Demi Allah, saya kenali Saudara Megat Firdaus tidak pernah menyeleweng wang peruntukan malah beliau berusaha untuk mendapatkan untuk pemuda Bukit Lanjan.
Saya mengharapkan jangan main isu-isu sensitif pada saat kita di dalam genting sekarang ni. Fokuskan pada pilihanraya. Rapatkan kembali hubungan kita dan Kita Gempur Parti Pembangkang hingga ke titisan darah terakhir demi memertabatkan AGAMA , BANGSA DAN NEGARA kerana kita adalah Pewaris Perjuangan yang belum selesai...
Pemuda Gempur.....!!
Norhafizan Bin Abdul Wahab
Ketua Pemuda
UMNO Cawangan Desa Jaya
Demi Allah, saya tidak pernah menyelewang wang pilihanraya pemuda cawangan malah wang peruntukan untuk Ketua Pemuda saya serahkan kepada pemuda.
Ada juga cerita menyatakan Saudara Megat Firdaus ( Ketua Pemuda Bahagian ) menyeleweng wang dan agihkan kepada Pemuda Bahagian.Demi Allah, saya kenali Saudara Megat Firdaus tidak pernah menyeleweng wang peruntukan malah beliau berusaha untuk mendapatkan untuk pemuda Bukit Lanjan.