25 Mac 2008

Janganlah Kamu Berkata-kata...

Utusan Malaysia - Hanya imam bertauliah dibenar bertugas – Sultan Selangor

KLANG 24 Mac – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan, hanya mereka yang telah ditauliah oleh baginda dibenarkan menjadi imam dan membaca khutbah di masjid dan surau di negeri ini.

Bertitah pada majlis Watikah Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan Exco kerajaan campuran PKR, Pas dan DAP di sini hari ini, baginda mahu saranan tersebut dipatuhi rakyat yang beragama Islam.

Langkah itu, titah baginda, dapat memastikan kesucian agama Islam dipelihara dan tidak dimanipulasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Baginda turut mengulangi gesaan supaya rakyat tidak menjadikan masjid dan surau di negeri ini sebagai medan berpolitik.

“Masjid dan surau adalah tempat suci yang digunakan untuk beribadat dan janganlah ia digunakan sebagai gelanggang bagi parti-parti politik mengadakan ceramah dan perkara lain untuk kepentingan politik mereka,” titah baginda.

Pada 14 Mac yang lalu, dilaporkan Dr. Badrul Amin Bahron tanpa segan silunya telah naik ke mimbar untuk memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Faizin Desa Jaya/Taman Ehsan.

Dr. Badrul Amin Bahron adalah bekas tahanan ISA dan merupakan seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat.

Tidak diketahui sama ada beliau telah ditauliahkan untuk berbuat demikian atau beliau sendiri yang mentauliahkan dirinya untuk berkhutbah.

Antara isi khutbahnya yang patut diberikan perhatian adalah janjinya untuk tidak mengambil-alih atau merampas apa-apa di Desa Jaya/Taman Ehsan sepertimana yang diperintahkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad kepada bala tentera Islam yang membuka sesuatu kawasan supaya tidak mengapa-apakan kaum wanita/tua/kanak-kanak, merampas kediaman/bangunan dan bahkan memotong sebarang pokok.

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

Multimedia