19 Mac 2008

Lagi Pemimpin Gila Kuasa I

Berita Harian - Tengku Azlan, Anifah tolak jawatan

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman, masing-masing menolak pelantikan sebagai timbalan menteri yang diumumkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam.

Tengku Azlan, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar dan Anifah, Timbalan Menteri Pengangkutan, menemui Perdana Menteri, di sini, petang semalam bagi menyampaikan hasrat itu dengan alasan mereka sepatutnya dilantik sebagai menteri penuh.

Tidak cukup dengan sikap gilakan pangkat dan kuasa yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Shahidan Kassim, kini muncul lagi dua orang makhluk Allah yang membuat tuntutan supaya diberikan lebih pangkat dan kuasa.

Mereka berdua sepatutnya bersyukur kerana dilantik (daripada 25 juta penduduk Malaysia) untuk memegang portfolio dalam kabinet.

Cubalah bayangkan, berapakah kebarangkalian dalam 25 juta untuk seorang pemangku Ketua UMNO Cawangan Desa Jaya ataupun setiausahanya mendapat tempat didalam kabinet kerajaan sebagai timbalan menteri apatah lagi menteri penuh? Tak payah nak kali kali, memang tak ada langsung kehkehkeh.

Maka adalah dinasihatkan kepada dua orang makhluk Allah ini untuk menerima jawatan yang telah diamanahkan kepada mereka dan laksanakan dengan sebaik-baiknya demi kepentingan rakyat bersama.

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

Multimedia