Satu pagi di stesen komuter, Kepong.
Pak Ya : Khalid, kau dah dapat ke belum borang?
Hj. Khalid : Borang? Borang apa pulak nih?
Pak Ya : Laa... borang kursus..
Hj. Khalid : Borang kursus yang mana ni?
Pak Ya : Ish... takkan Nasa tak bagi kau borang tu?
Hj. Khalid : Eh... tak ada pulak Nasa cakap pasal apa-apa borang pun...
Hj. Khalid mula menggaru-garukan kepalanya yang tak gatal, tertanya-tanya tentang borang apa yang dimaksudkan.
Hj. Khalid : Borang tu untuk kursus apa?
Pak Ya : Borang untuk menyertai kursus penternakan babi moden di Selangor anjuran PKR! har..har..har..
Hj. Khalid yang baru dapat menangkap maksud Pak Ya pun turut ketawa berdehar-dehar...

Demikianlah lebih kurang senario perbualan lawak politik yang berkisar tentang penternakan babi di Selangor.
Disebabkan lawak politik sedemikianlah yang menjadi punca buah mulut orang-orang Desa Jaya yang mengatakan bahawa Pemangku Ketua UMNO Cawangan Desa Jaya, En. Nasaruddin telah melompat ke parti PKR kerana mengedarkan borang PKR.
Dalam kejadian yang berasingan, En. Nasaruddin telah dilihat memberikan kad nama En. Baharudin Ayob (bekas ahli UMNO Cawangan Desa Jaya) yang berlogo PKR kepada En. Ibrahim, seorang peniaga. En. Baharudin Ayob kini adalah pegawai khas kepada Ahli Parlimen (PKR) Teluk Kemang, Dato' Kamarul Baharin Abbas.
Kejadian ini turut menguatkan lagi desas-desus berkenaan En. Nasaruddin melompat parti sehinggakan ada yang mengusulkan supaya beliau digugurkan jawatannya dan dipecat keluar dari parti UMNO.
Ketika diminta penjelasan kad nama berkenaan, En. Nasaruddin menyatakan tujuannya adalah untuk menunjukkan kepada En. Ibrahim bukti bahawa En. Baharudin yang dahulunya antara tokoh UMNO di Desa Jaya, kini bersama dengan PKR, bukannya untuk menarik En. Ibrahim untuk menyertai PKR.
Menurut En. Nasaruddin lagi, dia terlupa untuk meminta kembali kad nama En. Baharudin tersebut dari En. Ibrahim supaya dapat ditunjukkan bagaimana seorang tokoh pemimpin UMNO di Desa Jaya boleh beralih arah.
Maka dapatlah dikenal pasti bahawa lawak politik dan sekeping kad nama itulah yang mencetuskan buah mulut orang untuk menyebarkan khabar-khabar angin berkenaan En. Nasaruddin.
Semoga dengan penerangan ini serta kenyataan rasmi yang telah dibuat oleh En. Nasaruddin dalam catatan yang terdahulu, dapat menghapuskan tiupan khabar angin yang ternyata tidak benar sama sekali.
Catatan Berkaitan : Kenyataan Rasmi Berkenaan Pemimpin Lompat Parti
Suhaimi Bin Abdul Wahab
Setiausaha