06 Mei 2008

'Header' UMNOdj Dalam Kenangan


Setelah menerima desakan saranan dari beberapa orang ahli (En. Rashidi Adrus & En. Nasaruddin Ahmad), maka 'header' laman blog UMNO Cawangan Desa Jaya yang memaparkan aksi Presiden serta Timbalan Presiden UMNO Malaysia yang sedang tidur, akan dikeluarkan berkuatkuasa pada hari ini.

Bagi pihak moderator laman blog ini, saya memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan paparan 'header' tersebut.

Tujuan 'header' sedemikian rupa dipaparkan bukanlah untuk mengutuk, mencaci, mencela, menghina, menyelar atau merendah-rendahkan sesiapa. Ianya sekadar satu peringatan sesama ahli dan juga barisan kepemimpinan UMNO untuk tidak terus terlena dengan buaian kuasa dan wang ringgit sehingga mengabaikan kepentingan rakyat dan terkeluar dari landasan perjuangan yang sebenar.

Sekian.

Suhaimi Bin Abdul Wahab
Setiausaha

Multimedia