Berita Harian - Kelantan bina litar khas mat rempit
Rabu, 30 April 2008
KOTA BHARU: Mat rempit di Kelantan akan dapat membuktikan kehebatan mereka menunggang motosikal di litar khas yang akan dibina kerajaan negeri tidak lama lagi, kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya, pembinaan litar di Tanah Merah itu bukan satu pembaziran kerana ia memberi ruang kepada pihak berkuasa menangani gejala lumba haram dalam kalangan golongan muda di negeri itu.
"Mat rempit ini sering buat ibu-ibu risau. Bila berlaku perkara yang tidak diingini, kasihan kita lihat ibu-ibu mereka, isteri atau anak mereka menangis.
"Kita buat litar ini untuk beri tempat yang sesuai untuk mat rempit ini meluahkan perasaan dan menunjukkan keberanian dan keperwiraan mereka,” katanya ketika menggulung perbahasan tambahan bajet 2008 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di sini, semalam.
Nik Aziz berkata, litar itu dibuat berdasarkan syor polis yang meminta kerajaan negeri membina litar motosikal khusus untuk kegunaan mat rempit bagi mengelak mereka menggunakan jalan raya sebagai litar lumba.
“Kita mahu kalau anak-anak muda ini nak tunjukkan keberanian, biarlah bertempat. Dalam masa yang sama, kita selitkan nasihat dan doa ketika naik kenderaan,” katanya. - Bernama
Lepas ini mungkin kita akan dengar pula usul di Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk membina rumah khas untuk Mat Gian (penagih dadah) supaya pihak berkuasa dapat menangani gejala penagihan dadah dalam kalangan golongan muda di negeri itu.
"Kita buat rumah khas ini untuk beri tempat yang sesuai untuk mat gian ini mententeramkan jiwa dan perasaan dan menunjukkan bakat sebenar mereka apabila mereka tengah 'high',” mungkin itu katanya nanti.
Balik kepada realiti, pembinaan litar tersebut adalah berdasarkan syor dari pihak polis. Hmm.. kalau selama ini 'mereka' mengatakan polis adalah 'anjing kerajaan', kini mereka dengar pula cakap 'sang anjing'.
Kalau binatang yang dalam kategori najis mughallazoh (najis berat) itu ikut cakap tuan dia (manusia), maka kalau makhluk yang ikut cakap binatang tu, apa pula namanya? Cipan?
Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378