24 September 2013

DYMM Tuanku Sultan Mudarasulail Alastam Kiram Habibullah

Pulu Sulu Bakal Merdeka dalam masa terdekat!!

DYMM Tuanku Sultan Mudarasulail Alastam Kiram Habibullah telah di puterakan pada 8hb Ogos 1966 di Tanjung Siasi, Sulu. Pada 1976, ketika masih berusia 10 tahun, Tuanku diserahkan pada Ketua Kampung Pulau Denawan Papar, Sabah iaitu Attahi Panggayan. Semasa tinggal dengan Attahi, Tuanku diberi pendidikan tidak formal kerana tidak mempunyai dokumen yang sah.
 
Menyedari pihak musuh mula menghidu, Tuanku diserah kepada keluarga angkat bernama Datu Abd Naim Datu Kassan@Hashim. Ibarat ayah dengan anak, begitulah hubungannya dengan Naim, erat sekali. Naim merupakan seorang imam di kampung Tanjung Kapur, telah berusaha mendapatkan Sijil perakuan bagi membolehkan Tuanku mendapat kerakyatan Malaysia dengan membuat pendaftaran di Pejabat Pendaftaran Kota Kinabalu, Sabah. Tuanku mendapat sijil surat beranak dan didaftarkan di Sekolah Kebangsaan Kinarut sehingga menduduki Sijil Pelajaran Malaysia 1984. Pada tahun itu juga, Tuanku diserahkan kepada keluarga angkat baru, iaitu guru yang mengajar di SRK Kinarut, Hamdin Osman dan Zainab Ibrahim. Sepanjang hidupnya, Tuanku tinggal dengan lima keluarga angkat.
Kehidupan Tuanku yang berpindah-randah berakhir di Melaka setelah mendirikan rumah tangga dengan Norasikin Sawal pada 1985. Beberapa bulan kemudian Tuanku melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah ICS di England dan di Singapura.
 
Tuanku juga adalah Penaung kepada Persatuan Kebudayaan Kesultanan Sulu, Sabah. Tujuan persatuan itu untuk memperkenalkan budaya Sulu kepada seluruh dunia.
Untuk menyedarkan bangsa Sulu mengenai perkembangan semasa, Tuanku menubuhkan akhbar berbahasa Inggeris - The News Sulu Times dan Suara Tausug mengunakan bahasa Sulu.
 
Klik sini untuk info selanjutnya > SINI <



20 September 2013

Ucapan Takziah kepada Arwahyarham saudara Zain Malik Bin Hj Jamian

Ucapan Takziah kepada Arwahyarham saudara Zain Malik Bin Hj Jamian yang telah meninggalkan kita pada hari ini 20 Sept 2013 pada pukul 11.00am tadi. Solat jenazah telah diadakan selepas Solat Jumaat tadi dan akan dikebumikan hari ini bertempat di Tanah Perkuburan Taman Ehsan. 
 
Kita doakan agar beliau ditempatkan bersama-sama orang beriman, insha Allah....

Bila Syiah menyokong Chin Peng



Kepada pendokong dan penyokong tegar Chin Peng, DENDAM KERAMAT waris-waris keturunan yang pernah dianiaya dan dibunuh oleh kamu Komunis celaka tetap kekal dan tak akan padam sampai bila-bila... Seperti mana kamu meninggalkan waris untuk perjuangan kufur kamu. Kami juga ada pewaris kami, sentiasa memerhati tingkah laku dan tindak tanduk kamu dan sentiasa bekerjasama dengan pihak kerajaan serta pasukan keselamatan untuk memburu kamu...

Inilah Fisabilillah, menentang musuh ALLAH yang terang-terangan dajal anti agama, baik zahir mahupun yang tersembunyi... Apatah lagi rancangan kamu untuk membawa bangkai petualang ini pulang!!!!
TIDAK AKAN KAMI IZINKAN SAMA SEKALI!!!!  Ptuuuiiiiiiii....
Untuk renungan para sahabat, inilah perjuangan anak watan, inilah perjuangan sebenar. Bukan bermusuh dan menjadi pengkhianat sesama sendiri, apatah lagi menjadi barua dan balaci kepada mereka untuk menghancurkan Agama, Bangsa dan Tanahair sendiri!!!

MAAF kerana terlalu beremosi apabila mengenangkan kesengsaraan, pembunuhan dan penganiyaan terhadap tok nenek dan saudara mara kami yang berjuang menentang mereka, sama ada dari kalangan pejuang masyarakat, Polis dan Tentera, di zaman darurat dan selepas kemerdekaan negara dahulu...

AL-FATIHAH buat para pejuang negara....

 
Tulisan - Sharuddin Esa




19 September 2013

Tidak Perihatin langsung

Kami merasa amat sedih bila dilonggokkan bendera ditengah2 bilik Tabika Kemas dan mengganggu anak-anak Tabika Kemas untuk belajar. Terdapat kerosakan dan najis-najis tikus yang berkeliaran dilonggokkan Bendera BN tersebut. Ini berlaku selepas PRU13 dan dilonggokkan disitu hanya sementara waktu tapi hari demi hari, minggu demi minggu dan terus ke sebulan lebih. Seperti biasa "Janji tinggal Janji". Suka sangat berjanji bulan dan bintang tapi...........




Bayangkan sikap seseorang itu tergamak melakukan sedemikian dan tidak kah ianya terfikir bakal menjemput penyakit dari kencing tikus? Sikap sambil lewa dan acuh tak acuh ini telah mencetuskan kemarahan semua ibubapa dan AJK yang lain. Logo dan lambang peneraju negara ini mencerminkan keperihatinan kita pada masyarakat setempat? Jangan hanya nila setitik akan merosakkan kesemua susu sebelangga. Jagalah masyarakat setempat dan berperihatinlah agar dapat keberkatannya walaupun anak-anak kecil, Fikir-fikirkan lah......Sapa agaknya gerangan "manusia" ni yeee...cuba teka,...
Uncle macamana kami nak baca?


Terbatas kerana ruang bacaan tidak dapat digunakan

Terdapat kerosakan kerana dihimpap dengan longgokkan bendera

Mesyuarat Agung Persidangan Tahunan Cawangan UMNO Desa Jaya 2013


Alhamdullilah semuanya berjalan lancar walaupun pada mulanya tidak cukup ahli dengan berkat kesabaran menunggu akhirnya bermula dengan mengikut syarat. Bermula pukul 11.30pm dan berakhir pada 12.15pm. Maka tertubuhlah ahli jawatankuasa baru. Pada yang mencuba tapi tidak dicalonkan harap menerima dengan hati yang sabar....





Ketua Cawangan
Saudara Ishak Bin Mohd Noor

Timbalan
Saudara Rosman Bin Baharuddin

Ketua Wanita
Puan Rosnani Binti Ibrahim

Ketua Pemuda
Saudara Masheer



Pemuda

03 November 2008

Majlis Mesra Aidil Fitri Meriah

Lihat Album: Majlis Mesra Aidil Fitri 2008 Anjuran Bersama UCDJ & UCDJW

DESA JAYA, 31 Okt. - Majlis yang dianjurkan secara bersama oleh UMNO Cawangan Desa Jaya dan Desa Jaya Wawasan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran begitu ramai tetamu-tetamu jemputan dan ahli-ahli UMNO setempat.

Selain meraikan Aidil Fitri, majlis turut meraikan 5 orang bakal haji yang akan berlepas ke tanah suci keesokan harinya. Mereka adalah Hj. Genger dan isteri, En. Mohamed Yahya dan isteri serta Hjh. Norsiah.

Disamping itu juga, majlis turut meraikan Ketua Cawangan, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri UMNO Cawangan Desa Jaya yang telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa di peringkat Bahagian.

Majlis diserikan dengan kehadiran pimpinan UMNO Bahagian Subang, Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian Subang.

02 November 2008

Judi, Maksiat : PAS Tidak Bertanggungjawab

Mingguan Malaysia - Kerajaan Perak serah JAIP bendung judi, maksiat

IPOH 1 Nov. – Kerajaan Perak yang diterajui Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah membincangkan sebarang usaha pelaksanaan undang-undang Islam bagi membendung gejala judi dan maksiat membabitkan umat Islam di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ini kerana sudah ada agensi serta institusi tertentu seperti Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk menangani masalah itu.

Beliau berkata, sebarang perbincangan ke arah itu oleh kerajaan negeri memerlukan satu kajian terlebih dahulu kerana masalah tersebut turut melibatkan orang bukan Islam.

‘‘Kita tidak boleh mengambil jalan mudah dengan menutup pusat-pusat hiburan dan kedai judi kerana kita kena ingat Perak juga mempunyai kaum-kaum lain.

‘‘Di Punjab, Pakistan yang penduduknya hampir 100 peratus Islam pun susah untuk melaksanakan, inikan pula di Perak yang mempunyai pelbagai kaum dan agama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtima’ Persatuan Agama Islam Negeri Perak di Institut Tadbiran Islam Malaysia Perak (Intim) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan yang bertanya sama ada Kerajaan Perak mempunyai sebarang perancangan untuk menangani gejala maksiat membabitkan orang Islam yang berleluasa di negeri ini.


Dulu bukan main galak lagi mereka itu mempersalahkan kerajaan Barisan Nasional atas masalah dan gejala sosial serta keruntuhan akhlak yang berlaku kerana membenarkan pusat-pusat hiburan dan kedai judi dibuka.

Ia juga turut menjadi bahan kempen mereka untuk meraih undi dengan memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional.

Kini, apabila 'pisau dan timun' sudah di tangan, begitu mudah pula mereka mahu meloloskan diri dari tanggungjawab mereka dengan mencampakkan tanggungjawab itu kepada Jabatan Agama Islam semata-mata.

Selepas ini, mereka tidak ada alasan lagi untuk menyalahkan kerajaan Barisan Nasional sebagai penyebab gejala sosial di negara ini. Mereka perlu salahkan pula semua Jabatan-jabatan Agama, Majlis-Majlis Agama, Majlis Fatwa, Majlis Ulama', Institusi-institusi Islam hatta ke ahli-ahli jawatankuasa Masjid.

30 Oktober 2008

Notis Mesyuarat Kali Pertama Jawatankuasa UMNO Cawangan Desa Jaya 2008-2011

No. Rujukan : UCDJ/Ketua/2008-2011(01)
Tarikh : 30 Oktober 2008

Assalaamu’alaikum w.b.t

Semua Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Sessi 2008 - 2011

Tuan / Puan / Sdra / Sdri,

NOTIS MESYUARAT JAWATANKUASA UMNO CAWANGAN DESA JAYA KALI PERTAMA

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Cawangan Desa Jaya Kali Pertama bagi sessi 2004 – 2008 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh :
02 November 2008 (Ahad)

Masa :
09.00 malam

Tempat :
Dewan UMNO Desa Jaya

Agenda :
1. Pengerusi memulakan mesyuarat.
2. Perlantikan Pegawai dan Ahli jawatankuasa Tambahan.
3. Penubuhan Biro
4. Hal-hal lain.
5. Mesyuarat ditangguhkan.

Kehadiran tuan / puan amatlah diharapkan bagi melancarkan perjalanan dan pengurusan UMNO cawangan ini.

Sekian, Terima kasih.

NASARUDDIN BIN AHMAD
Ketua

s.k.
1. Setiausaha UMNO Bahagian Subang
2. Fail

28 Oktober 2008

Datang Jangan Tak Datang


BISMILLAAHIRRAHMAANIRRAHIIM


Jemputan ke :

MAJLIS KESYUKURAN DAN SAMBUTAN AIDIL FITRI 1429H

Anjuran Bersama :

UMNO CAWANGAN DESA JAYA

&

UMNO CAWANGAN DESA JAYA WAWASAN

Tarikh :
31 OKTOBER 2008 (JUMAAT)

Masa :
9.00 MALAM

Lokasi :
DEWAN UMNO DESA JAYA

Semua yang berkelapangan dan kelaparan dijemput hadir.

Turut Mengundang :
Seisi AJK

01 Oktober 2008

Salam Aidil Fitri 2008


UMNO Cawangan Desa Jaya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1429H, maaf zahir dan batin kepada semua ahli-ahli UMNO, muslimin dan muslimat sekalian dimana jua anda berada.

31 Ogos 2008

Merdeka! Merdeka! Merdeka!



UMNO Cawangan Desa Jaya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke 51 kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang agama, bangsa dan fahaman politik.

Malaysia hanya satu...

28 Ogos 2008

Sumpah Anwar


Akhirnya Anwar Bin Ibrahim bersumpah juga... tapi bukan untuk menafikan tuduhan liwat ke atasnya, tetapi untuk memenuhi kemaruk nafsunya untuk berkuasa.

Tidak pula kedengaran dia meminta pandangan atau fatwa mana-mana ulamak muktabar sama ada sumpah yang diangkatnya itu untuk menjadi ahli parlimen adalah sah ataupun tidak.

Tidak cukup dengan mempergunakan seorang alim ulamak, Dr. Yusuf Qardhawi sebagai alasan untuknya tidak mengangkat sumpah, Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi turut dipergunakan sebagai bahan kempennya untuk mengelirukan para pengundi semasa PRK Permatang Pauh. Maka soalnya sekarang, siapa yang memperalatkan ahli-ahli agama untuk kepentingan dirinya?

Tidak juga dia menimbulkan 'ketakutan' sekiranya sumpahnya sebagai ahli parlimen itu akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu.

Benarkah dia akan 'MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN' sepertimana yang dilafazkannya dalam sumpahnya itu?

Untuk merealisasikan konsep kesamarataan yang dijajanya itu, tidakkah Hak Keistimewaan Melayu dan Agama Islam yang terdapat dalam perlembagaan, akan perlu dipinda atau dibuang?

Adakah sama perlembagaan sebuah kerajaan beraja dengan perlembagaan sebuah kerajaan republik (a.k.a 'Kerajaan Rakyat')?

23 Ogos 2008

Notis Mesyuarat Pertama UCDJ 2008-2011

Assalaamualaikum

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Dimaklumkan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa UMNO Cawangan Desa Jaya akan diadakan pada hari Rabu, 27 Ogos 2008, bertempat di Dewan UMNO Desa Jaya.

Harapan agar tidak diuzurkan. Terima kasih.

Nasaruddin Bin Ahmad
Ketua
UMNO Cawangan Desa Jaya

11 Ogos 2008

Tahniah Kepada Jawatankuasa Baru UCDJ


Terima kasih kepada ahli-ahli yang telah hadir untuk menjayakan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Desa Jaya Tahun 2008.

04 Ogos 2008

Kredibiliti Kerajaan 'Retak' Lagi

Utusan Malaysia - MRR2 retak lagi



KUALA LUMPUR 3 Ogos – Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini yang dibina dengan kos RM238 juta dan telah pun dibaik pulih menggunakan belanja tambahan RM70 juta mengalami keretakan sekali lagi.

Pagi ini beberapa pemandu melaporkan mereka ternampak batu-batu jatuh dari salah satu rasuk jejambat itu dekat Stesen Komuter Kepong.

Selepas pemeriksaan, keretakan dikesan pada salah satu rasuk tiang jejambat itu. Tiga daripada 18 batang carbon fibre reinforced plastic (CFRP) prategasan yang dipasang pada struktur itu didapati putus secara tiba-tiba.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, CFRP tersebut digunakan pada rasuk 31 batang tiang jejambat berkenaan untuk menyelesaikan masalah keretakan yang pernah berlaku sebelum ini.

Bercakap kepada pemberita selepas meninjau keretakan itu, beliau berkata, walaupun tiga batang CFRP pada rasuk itu telah putus, MRR2 masih selamat digunakan kerana kajian Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati jumlah minimum CFRP yang diperlukan hanya 12 batang.

Sehubungan itu, katanya, laluan di kedua-dua hala jejambat sepanjang 1.7 kilometer itu kembali dibuka kepada lalu lintas bermula pukul 5 petang ini selepas ditutup sejak pukul 10.30 pagi.

“Bagaimanapun, sebagai langkah keselamatan, satu lorong paling kiri di kedua-dua belah jejambat akan ditutup kepada semua kenderaan sehingga rasuk pada tiang nombor 28 diperbaiki.

“Penutupan lorong itu adalah untuk mengurangkan beban yang ditanggung jejambat itu. Kerja-kerja membaikinya dijangka siap dalam tempoh tiga minggu,’’ kata Mohd. Zin.

Sebanyak 130,000 kenderaan, termasuk treler, menggunakan laluan itu setiap hari sehari.

Jejambat MRR2 di Kepong boleh menampung 5,000 kenderaan pada satu-satu masa. Ia menghubungkan kawasan Kepong dan Selayang ke Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Jejambat itu dan jalan di bawahnya ditutup kepada semua lalu lintas sejak pukul 10.30 pagi ini berikutan keretakan dikesan pada rasuk salah satu tiangnya.

Pada bulan Ogos 2004, laluan berkenaan ditutup buat pertama kali kerana ia mengalami masalah keretakan rasuk tiangnya. Pada Februari 2006, ia sekali lagi ditutup akibat masalah yang sama yang memerlukan struktur itu dibaik pulih dengan kos RM70 juta.

Mengulas lanjut, Mohd. Zin berkata, beliau telah mengarahkan unit jurutera pakar JKR untuk melakukan pemeriksaan forensik kejuruteraan terhadap struktur rasuk itu.

Katanya, jika masalah tersebut berpunca daripada kelalaian mana-mana pihak yang terlibat sama ada pembekal atau kontraktor, mereka akan dikenakan tindakan tegas.

“Pemeriksaan itu dibuat berasaskan prinsip kejuruteraan dengan melihat secara terperinci apakah yang telah berlaku kepada struktur tersebut yang masih bermasalah walaupun selepas dibaik pulih.

“Selepas pemeriksaan forensik selesai, saya akan minta JKR melakukan pemeriksaan pada rasuk lain yang telah dibaik pulih menggunakan CFRP,’’ katanya.

Beliau turut memberi jaminan akan mendedahkan kepada umum hasil pemeriksaan forensik itu.

Katanya, Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak akan dilibatkan dalam pemeriksaan tersebut kerana langkah-langkah yang diambil JKR pada masa ini hanya berkisar kepada penyelesaian secara teknikal.

Ditanya mengenai kos membaik pulih rasuk itu, beliau berkata, kerajaan tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan kerana ia akan ditanggung sepenuhnya oleh kontraktor yang membina jejambat itu.

“Ia masih dalam jaminan kecacatan pembinaan yang akan berakhir hujung tahun ini,’’ katanya.

Diharapkan trajedi keretakan berulang ini tidak mematahkan semangat ahli-ahli berbayar UMNO Cawangan Desa Jaya yang duduk di luar kawasan untuk menghadiri persidangan yang akan diadakan pada hari Ahad ini.

Ternyata bayangan kesesakan dan perasaan terKEPONG kembali menghantui penduduk Desa Jaya apabila kejadian yang tidak sepatutnya berulang, terjadi kembali walaupun puluhan juta ringgit telah dibelanjakan untuk membaikinya.

Kesal...amat dikesali...

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

Notis Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Desa Jaya 2008

No. Rujukan : UCDJ/SU/2004-2008(09)
Tarikh : 29 Rejab 1429H bersamaan 1 Ogos 2008

Assalaamu'alaikum w.b.t


Kepada Semua
Ahli UMNO Berbayar
Cawangan Desa Jaya


Tuan / Puan / Saudara / Saudari,

PER : NOTIS PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO CAWANGAN DESA JAYA 2008

Dengan hormatnya dimaklumkan saya bagi pihak Ketua dan Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Desa Jaya, sesuai dengan fasal 15.13.6 dan 17.3 Perlembagaan UMNO, maka Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Desa Jaya Tahun 2008 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 10 Ogos 2008 (Ahad)
Masa : 4.00 petang
Tempat : Dewan UMNO Desa Jaya

Oleh yang demikian, ahli-ahli yang telah menjelaskan Yuran Keahlian pada atau sebelum 31hb. Disember 2007 adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Kehadiran Tuan / Puan / Saudara / Saudari ke Persidangan Tahunan amatlah dihargai seperti yang dikehendaki oleh parti.

Sekian. Wassalaam

Yang benar,

SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB
Setiausaha UMNO Cawangan

s.k :
1. Setiausaha UMNO Bahagian Subang
2. Ketua UMNO Cawangan Desa Jaya
3. Fail

30 Julai 2008

Jemputan ke Ceramah Ezam

Tuan / Puan / Saudara / Saudari adalah dijemput hadir mendengar Ceramah Isu Semasa oleh Y. Bhg. Sdra. Mohd Ezam Bin Mohd Noor (mantan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat) pada hari Sabtu, 2 Ogos 2008, jam 8.30 malam, bertempat di Perkarangan Pejabat ADUN N13 Kuang, Jalan Kundang, Kg. Setia, 48050 Kuang, Selangor Darul Ehsan.


Marilah kita bersama mendengar penerangan mengenai kepincangan PKR dan pemimpin mereka dan siapa sebenar Anwar Ibrahim. Datanglah beramai-ramai.





22 Julai 2008

Mengapa Mesti Berpecah

Salam .... pada semua warga penduduk Desa Jaya......

Takkan Melayu hilang didunia itulah falsafah atau kata-kata orang lama. Sedih bila teringat kembali kata -kata tersebut. Apa nak jadi melayu ku kini? Mengapa ?

Perebutan kuasa berlaku? Melayu berbalah sesama Melayu bangsa asing untung dibumi kita, sedang kan kita berperang sesama sendiri.

Perebutan kuasa menjadi punca. Mengapa? Adakah kuasa yang paling penting?

Politik Melayu amatlah berat. Sesama sendiri mempunyai hasad dengki, jatuh menjatuhi antara satu sama lain. Mengapa ini harus terjadi.

Berat mata memandang ,berat lagi bahu memikul. Masa depan anak bangsa andalah terletak ditangan kita.

Mana pemimpin? siapa dipimpin?. Kisah ke kita? atau biarkan saje. Sibuk merebut kuasa sampai lupa mendukung bangsa. Sibuk berebut kuasa sampai lupa ertika kerja.

Macamana Melayu nak maju, kalau setakat menabur seribu janji atau manifesto tapi sekadar itu.

Maju ke Melayu? hanya dengan kata-kata ...boleh ke bangkit kembali UMNO yang disayangi.

Bersabar, penuh strategi, tidak mudah menyerah kalah, adalah asas segala galanya.

Bangkitlah Melayu, Jangan lah berbalah kerana dek kuasa. Berjuanglah kerana cita-cita, berjuanglah kerana nusa bangsa, berjuanglah kerana agama.

Bukan merendahkan orang Melayu tapi membangkitkan semangat agar UMNO terus maju dan akan kembali mempertahan maruah orang Melayu. Dan terus merebut kembali apa yang telah hilang.

Takkan Melayu hilang di dunia... kembalikan ia di bumi Selangor. Amin

Azlin Fadzlina

20 Julai 2008

Jemputan Menyertai Gotong Royong

Assalaamu'alaikum

Gotong royong bagi membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan akan diadakan pada hari Ahad, 27 Julai 2008 jam 8.00 pagi.

Bagi yang berminat untuk menyertai aktiviti ini, sila bawa peralatan berkaitan seperti parang penggali dan lain-lain yang perlu.

Terima kasih.

18 Julai 2008

Jangan Pergunakan Media

Utusan Malaysia - Ku Li, Muhyiddin diminta tidak tanding Presiden, Timbalan

Oleh ZULKIFLI JALIL

PUTRAJAYA 17 Julai - Pergerakan Wanita UMNO meminta Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Naib Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin mematuhi persetujuan peralihan kuasa yang diputuskan Majlis Tertinggi (MT) yang sekali gus tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Disember ini.

Ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz (gambar) berkata, kedua-duanya atau sesiapa sahaja yang berhasrat mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak perlu meletakkan terlebih dahulu kepentingan parti mengatasi keperluan peribadi.

Katanya, sayap itu terpanggil memberikan reaksi tersebut kerana Tengku Razaleigh telah menyatakan pendirian untuk bertanding jawatan Presiden manakala Muhyiddin dilihat ada ura-ura untuk bersaing ke jawatan yang lebih tinggi.

"Memang demokrasi dalam UMNO membenarkan tapi saya harap patuhilah persetujuan peralihan kuasa oleh MT ini (pada Jun 2010).
Baca Lagi...


Sebagai reaksi kepada reaksi Wanita UMNO melalui ketuanya Tan Sri Rafidah Aziz, Wanita UMNO tidak sepatutnya membuat permintaan sedemikian kerana ianya bertentangan dengan perlembagaan parti serta boleh dilihat sebagai tidak langsung menghormati hak-hak ahli sepertimana yang telah termaktub dalam perlembagaan parti.

Sebagai ketua kepada sebuah sayap dalam UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz tidak sepatutnya mengajar ahli-ahli sayapnya untuk membelakangkan perlembagaan parti apatah lagi menafikan hak-hak ahli UMNO yang lain.

Dari kenyataan beliau, jelas Tan Sri Rafidah Aziz mengambil pendirian bahawa jawatan Presiden dan Timbalannya tidak boleh dipertandingkan. Kenapa Tan Sri Rafidah Aziz tidak terus membuat kenyataan "Saya tidak mahu jawatan Presiden dan Timbalannya dipertandingkan"?

Pada asalnya juga, kenapa Tan Sri Rafidah Aziz perlu membuat kenyataan tersebut kepada media? Ini adalah hal dalaman parti yang berkaitan dengan kedudukan tertinggi dalam parti. Sebagai seorang ahli yang telah menjadi MT sejak era Perdana Menteri Kedua lagi, takkanlah sekurang-kurangnya tak dapat menelefon atau SMS sahaja Tengku Razaleigh dan Tan Sri Muhyiddin supaya memikirkan semula hasrat mereka untuk bertanding? Kenapa perlu dihebah-hebahkan ke seluruh Malaysia dan dunia? Kalau dalam barisan MT sendiri pun ada masalah untuk berhubung antara satu sama lain sehingga perlu menjadikan pihak media sebagai penghantar utusan mereka, apa kes?

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

Multimedia